Social Icons

Jumaat, 25 Julai 2014

Dari Segi Pakaian Pun MAS Tidak 'Adil'.



MELETAKKAN sesuatu yang bukan pada tempatnya adalah tidak adil dan zalim. Maka wajar Kesatuan Anak Kapal Kabin Penerbangan (Nufam) mengulangi gesaannya agar Malaysia Airlines membenarkan anak kapal dari kalangan wanita untuk memakai pakaian menutup aurat.

Ia menjawab kritikan yang mengaitkan tragedi pesawat MH370 dan MH17 dengan pakaian seragam anak kapal MAS yang didakwa tidak menutup aurat. Seperti lapor Malaysiakini hari ini.

Nufam dalam kenyataannya menyifatkan dakwaan seperti itu tidak adil kerana anak kapal tersebut tidak berhak menentukan pakaian seragam mereka. Tuduhan bahawa anak kapal wanita itu mengabaikan tanggungjawab agama mereka juga "tidak betul dan tidak adil" kerana mereka pernah meminta untuk mengenakan tudung atau hijab bersama pakaian seragam.

"Kini tiba masanya isu pakaian seragam hijiab dikaji bagi anggota kru beragama Islam yang ingin mengenakannya dalam penerbangan," kenyataan itu dipetik.

Ia mengulas kenyatan MP PAS semalam yang menggesa MAS mengkaji semula dasar berhubung hidangan alkohol dalam penerbangan dan pakaian kru wanita yang tidak menutup aurat. Dalam kenyataannya, Nufam turut menyelar pengguna Internet yang melabelkan anggota krunya sebagai "murahan".

“Pada masa kita semua bersedih dengan kejadian MH17, ada pihak yang berjenaka dan mengutuk kru kami. Mereka turut menyebar tulisan jahat mengenai kru wanita kami.
"Kami merayu kepada individu ini supaya menghentikan kritikan ke atas kru kerana mereka terikat dengan perkhidmatan," kenyataan itu dipetik.


 
"Oleh itu, MAS perlu adil membenarkan anak kapal dari kalangan wanitanya untuk memakai pakaian menutup aurat. Membenarkan muslimah melakanakan tugas agamanya" Komen editor Weblog Ibnu Hasyim.

"Begitu juga dalam hal jamu arak seperti sabda Muhammad SAW pemimpin manusia..

'Dari Annas Bin Malik katanya: Sesungguhnya Allah SWT melaknat sepuluh golongan yang terlibat dengan arak iaitu: yang memerahnya, yang minta diperahkannya, yang meminumnya, yang membawanya dan minta dibawa kepadanya, yang menuangkannya, yang menjualnya, yang makan harganya, yang membelinya dan yang minta dibelikan." (Riwayat Imam Tarmizi)' 
"Bererti anak kapal MAS dipaksa melanggar ajaran agamanya sendiri, sedangkan MAS sendiri menumpang nama Malaysia yang terkenal dengan negara umat Islam." Jelas Hj Mohd Hasyim lagi.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text