Social Icons

Jumaat, 25 Julai 2014

Paparan Fitnah Di Dalam The Malaysian Insider Dijawab Oleh Menantu Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi

Sokongan Presiden Pas terhadap perlunya Tan Sri Khalid Ibrahim dikekalkan sebagai MB Selangor menjadi bahan bacaan popular di media internet. Sejak lama 'Langkah Kajang' digerakkan oleh PKR dan DAP tetapi PAS tetap membisu dan tidak menunjukkan tanda-tanda mahu bersama 'melangkah'.

Sehinggalah semalam, dalam sidang medianya Tuan Guru Haji Abdul Hadi menegaskan PAS berpendapat - menurut syarak, Tan Sri Khalid tidak harus digugurkan dari jawatannya. The Malaysian Insider mengulas isu ini dengan memaparkan artikel di bawah atas tajuk: "Hanya Hadi menjadi halangan penukaran Khalid, kata Sumber Pakatan" (Sila baca di bawah)

Artikel ini kemudiannya di kritik oleh menantu Tuan Guru Haji Abdul Hadi kerana namanya disebutkan di dalam artikel berkenaan. Beliau menyatakan apa yang dipaparkan itu adalah  fitnah. Sila baca hujjah beliau di bawah sekali.  

The Malaysian Insider:
"Hanya Hadi menjadi halangan penukaran Khalid, kata Sumber Pakatan"

OLEH ANISAH SHUKRY
Published: 21 June 2014
OLEH ANISAH SHUKRY
Published: 21 June 2014
Oleh: Anisah Shukry
Hanya Hadi menjadi halangan penukaran Khalid, kata sumber Pakatan - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/hanya-hadi-menjadi-halangan-penukaran-khalid-kata-sumber-pakatan#sthash.uLqNCePN.dpuf


Hanya Hadi menjadi halangan penukaran Khalid, kata sumber Pakatan - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/hanya-hadi-menjadi-halangan-penukaran-khalid-kata-sumber-pakatan#sthash.uLqNCePN.dpuf
Hanya Hadi menjadi halangan penukaran Khalid, kata sumber Pakatan - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/hanya-hadi-menjadi-halangan-penukaran-khalid-kata-sumber-pakatan#sthash.uLqNCePN.dpuf


Walaupun ramai pihak yang ingin menyingkirkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, beliau masih selesa dalam kerusinya kerana hubungan baiknya dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Jun, 2014. 

Walaupun sudah hampir setengah tahun sejak PKR memulakan pilihan raya kecil Kajang untuk mengeluarkan Tan Sri Khalid Ibrahim, namun Menteri Besar Selangor itu masih selesa di kerusinya hanya kerana satu perkara, iaitu hubungan baiknya dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kata sumber Pakatan Rakyat (PR).

Walaupun PKR dan DAP terus menekan Khalid, sumber itu memberitahu The Malaysian Insider, Langkah Kajang itu tidak pergi ke mana-mana kerana Hadi sehingga kini masih tidak menyokong usaha untuk mengenepikan Khalid daripada kerusi tertinggi dalam negeri terkaya itu.

Mereka berkata, sejak berbulan PKR dan DAP membincangkan di kalangan mereka bagaimana mahu menggantikan Khalid dengan Presiden PKR yang juga Adun Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, namun tidak disokong Hadi.

Bahkan para pemimpin tertinggi PR bertemu Hadi untuk membincangkan usaha menukar Khalid, tetapi pemimpin PAS itu menolak usaha itu, kata sumber PKR.

"Kami memberi semua bukti: kami beritahu beliau tentang lebuhraya Kidex, tentang rampasan Bible, kami memberi amaran PR boleh kalah di Selangor jika Khalid kekal sebagai menteri besar, tetapi beliau enggan mendengarnya. "Hadi sangat menyokong Khalid, dan dalam PAS segala kata Hadi dipatuhi," kata pemimpin kanan PKR itu.

Pemimpin PKR itu berkata, Hadi diikat oleh Khalid melalui menantunya, Zaharudin Muhammad, yang dilantik sebagai pengurus kepada unit hal ehwal Islam dalam Perangsang Selangor, anak syarikat pelaburan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).

Khalid juga melantik Raja Idris Kamarudin, salah seorang yang rapat dengan Hadi, sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) KDEB, kata sumber itu. "Sesiapa yang mengawal KDEB dan Kumpulan Perangsang, akan mengawal sumber kewangan di Selangor.

"Raja Idris juga adalah sepupu kepada Sultan, jadi dengan beliau bersamanya, Khalid mempunyai kedua-dua istana dan PAS."

Sumber juga menambah bahawa Khalid menggunakan Raja Idris untuk mendedahkan maklumat – termasuk gerakan untuk menjadikan Anwar sebagai menteri besar Selangor – kepada abang Raja Idris, iaitu blogger popular Raja Petra Kamarudin.

Menurut sumber itu, Raja Idris mempunyai hubungan yang rapat dengan Hadi sejak Hadi menjadi menteri besar Terengganu lagi apabila Raja Idris dilantik sebagai orang penting dalam Amanah Saham Gemilang (ASG) dan CEO kepada TDM Berhad, anak syaraikat kerajaan negeri Terengganu yang paling besar.

Sumber itu juga berkata, golongan ulama dalam PAS juga lebih condong kepada Khalid.
"Banyak bajet negeri juga diberikan kepada Exco dari PAS; RM8 atau 9 juta diberikan untuk latihan yang terletak di bawah Exco Pendidikan, dan PAS bebas menggunakan dana itu sebagaimana mereka mahu," kata sumber itu.

Walaupun kumpulan Erdogan dalam PAS tidak senang dengan Khalid, mereka terpaksa mengikut kehendak Hadi dan kumpulan ulama, kata sumber PKR itu. The Malaysian Insider juga difahamkan, semasa retreat DAP baru-baru ini, isu mengeluarkan Khalid menjadi topik hangat, di mana para pemimpin DAP berpendirian dia perlu ditukar segera.

"DAP bimbang kita mungkin kehilangan Selangor jika Khalid terus bersikap begini," kata pemimpin DAP kepada The Malaysian Insider, tanpa mahu namanya dinyatakan.

Katanya, sehingga kini, PAS menentang usaha ini tetapi mereka boleh mempertimbangkannya jika diberikan kerusi timbalan menteri besar sebagai jalan kompromi. Sementara itu, langkah terakhir yang boleh dibuat oleh PKR dan DAP Selangor yang mahukan Khalid ditukar – termasuk kumpulan Adun Erdogan dalam PAS – adalah dengan cara membuat undi tidak percaya, kata sumber DAP dan PKR itu.

Tetapi ia boleh memberikan kesan negatif kepada PR, kerana PAS boleh meninggalkan pakatan itu begitu sahaja, katanya. Sumber itu juga tidak menolak kemungkinan Khalid memohon agar DUN dibubarkan dan memanggil satu pilihan raya baru di negeri itu.

Tetapi tanpa keputusan bersama ketiga-tiga parti, Khalid akan terus kekal sebagai menteri besar dan terus membuat keputusan tidak popular dan tanpa sokongan daripada rakan-rakannya dalam PR, dan akan menyusahkan PR dan penguasaannya di Selangor. – 21 Jun, 2014. (TMI) - THE MALAYSIAN INSIDER


DAN BACA PULA Jawapan oleh orang yang diperkatakan..


"PENJELASAN TERHADAP FITNAH TERBARU TMI" -

July 20, 2014  (SUMBER; KERABU BERSUARA)
 
Oleh: Zaharudin Muhammad.
3 artikel The Malaysian Insider (TMI) dalam isu Menteri Besar Selangor telah menyebut nama saya, Kumpulan Perangsang Selangor (KPS), Tuan Haji Raja Idris Raja Kamarudin, Presiden PAS (TGHH) dan Menteri Besar Selangor (TSKI). Imej yang cuba dibentuk ialah seolah-olah Tuan Guru Presiden mempertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI) sebagai Menteri Besar adalah disebabkan menjaga kedudukan saya dan Tuan Haji Raja Idris di Kumpulan Perangsang Selangor Berhad.

 

Jelas fitnah ini disebut di dalam TMI melalui artikel analisis Amin Iskandar dan Eilleen Ng apabila menyebut: “Selain faktor peribadi dengan Anwar, antara sebab mengapa Hadi mahu Khalid terus kekal menjadi menteri besar adalah kerana Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang itu menjaga kepentingannya di Selangor. 

Menantu kepada presiden PAS itu, Zaharudin Muhammad diberikan jawatan sebagai Ketua Jabatan Agama di Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPSB), syarikat milik kerajaan negeri Selangor. Selain itu, Khalid melantik Raja Idris Raja Kamarudin, abang kepada penulis blog popular Raja Petra Kamarudin sebagai pengerusi kepada beberapa anak syarikat negeri....” TMI menyambung lagi: “Raja Idris mempunyai hubungan yang rapat dengan Hadi sejak presiden PAS itu menjadi menteri besar Terengganu pada 1999-2004.”
 

Artikel lain yang ditulis oleh Anisah Shukry menyebut benda yang sama sambil memetik sumber daripada Pemimpin PKR: “Hadi diikat oleh Khalid (TSKI) melalui menantunya, Zaharudin Muhammad, yang dilantik sebagai pengurus kepada unit hal ehwal islam dalam perangsang Selangor”. Seterusnya menyebut: “Khalid (TSKI) juga melantik Raja Idris Kamarudin, salah seorang yang rapat dengan Hadi, sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) KDEB, kata sumber itu”.
 

Artikel ini dihangatkan semula dengan tulisan Zulkfili Sulong yang menyebut: Lalu dikatakan Abdul Hadi mempunyai hubungan rapat dengan Khalid melalui menantunya Zaharudin Mohamad yang diberikan kerja di pejabat Kumpulan Perangsang Selangor.” Walaupun tulisan Zul Sulong ini dari satu sudut bermaksud menyindir artikel yang tidak bertanggungjawab TMI sebelum ini, tetapi ramai memahami bahawa ia juga mengandungi penjajaan terhadap maksud Presiden PAS mempertahankan TSKI sebagai MB Selangor disebabkan oleh Menantu dan Tuan Haji Raja Idris yang disifatkan sebagai orang kuat TGHH.
 

Gambaran ini sebenarnya adalah jelas fitnah yang direka kerana faktor-faktor berikut:
1. Saya tidak pernah berjumpa dan bersemuka secara live dengan TSKI dalam seumur hidup saya melainkan hanya 2 kali sahaja, iaitu program di Perangsang Bersama Raktyat yang diadakan dan satu program di Pulau Indah. Di Ijok, saya hanya sempat berbual ringkas di atas pentas dan sewaktu makan selepas program. Adapun di Pulau Indah, saya hanya melihat TSKI daripada jauh dan tidak berbual walau sepatah kerana beliau di atas pentas dan saya sibuk di bawah pentas menguruskan program. 


Itulah 2 kali saya melihat secara live dengan TSKI dalam seumur hidup saya. Sangat jauh untuk saya bermesyuarat dan berbincang dengan beliau. Gambaran yang diberikan oleh TMI bahawa hubungan saya dengan TSKI sangat rapat sehingga menjadi sebab kepada TGHH pertahankan beliau adalah tuduhan yang sangat tidak berasas berdasarkan realiti yang berlaku. Cerita yang diceritakan oleh TMI adalah cerita berasaskan imaginasi pembuat fitnah jika dilihat kepada realiti hubungan saya dengan TSKI.
 

2. Kemasukan saya ke Kumpulan Perangsang bukan melalui TGHH, bukan melalui TSKI dan juga bukan dicadangkan oleh Tuan Haji Raja Idris. Bahkan nama saya dibawa oleh Haji Azlan yang merupakan bekas CFO kepada salah satu Institusi kewangan Islam (IKI) di Malaysia manakala saya pula pada waktu itu adalah Penasihat Syariah kepada IKI tersebut. 

Pengalaman saya di dalam bidang penilaian dan pembikinan kontrak patuh syariah semenjak lebih daripada 8 tahun serta beberapa track record saya membuat produk IKI yang rumit seperti Takaful Retirement Plan, menjadikan Hj Azlan meminta pertolongan saya untuk menukar kontrak-kontrak konvensional KPS kepada Islamik sewaktu beliau mula masuk bertugas di KPS. 

Sekalipun Hj Azlan agak rapat dengan saya sewaktu bertugas di IKI, tetapi beliau langsung tidak mengetahui bahawa saya adalah menantu TGHH sehingga beliau menyebut dan mencadangkan nama saya sebagai calon untuk Ketua Pegawai Agama di KPS yang kekosongan pada waktu itu. Jadi, kemasukan saya ke KPS bukan melalui Tuan Haji Raja Idris apatah lagi Presiden PAS atau MB Selangor.


3. Sejak saya masuk berkhidmat ke KPS, TGHH langsung tidak mengetahuinya melainkan selepas 4 bulan ketika satu majlis di Quality Hotel Shah Alam, di mana Tuan Haji Raja Idris telah menyebut secara tidak langsung kepada TGHH bahawa saya sudah berkhidmat di KPS.
 

4. Secara logik, kalau masuk kerana kepentingan, maka sepatutnya bukan jawatan Ketua Jabatan Agama yang ditawarkan, kerana portfolio ini terlalu kecil dan tiada kuasa yang besar dalam syarikat korporat. Setakat jawatan Ketua Jabatan, apatah lagi Jabatan itu adalah Jabatan Agama yang bukan melibatkan projek, maka langsung tidak munasabah ia mempunyai kepentingan peribadi. 

Saya di peringkat institusi kewangan, level saya sudah mencapai level BOD (Lembaga Pengarah), kerana Penasihat Syariah adalah satu level dengan BOD. Berdasarkan level di IKI ini, untuk peluang harta dan kepentingan peribadi, sepatutnya paling kurang saya menyandang jawatan CEO kepada salah satu 24 anak syarikat di bawah KDEB atau ahli kepada Board of Director (lembaga pengarah) kepada mana-mana anak syarikat, satu jawatan yang tidak sibuk tetapi mendapat elaun tetap serta peluang besar untuk mendapatkan projek melalui kuasa perjawatan. 

Tetapi tugasan dan jawatan di KPS sebagai ketua Pegawai Agama langsung tiada kuasa untuk mendapatkan projek, sebaliknya jawatan ini menuntut saya kerja seperti orang lain dan kepenatan itu lebih daripada apa yang telah saya lalui diperingkat perjawatan di IKI.


5. Penggajian di peringkat GLC lebih rendah berbanding skim penggajian di peringkat Institusi Kewangan Islam. Sewaktu saya menerima tawaran berkhidmat di KPS, saya juga telah menerima 2 tawaran daripada 2 institusi kewangan Islam, satu tempatan dan satu di Timur Tengah. Skim penggajian yang ditawarkan jauh, jauh dan jauh lebih tinggi daripada tawaran di KPS. Gaji 5 angka yang bukan bermula dengan angka 1, bukan angka 2 dan juga bukan angka 3.
 
Justeru itu, tuduhan yang cuba menggambarkan bahawa bertugas di KPS sebagai ketua pegawai agama adalah kepentingan peribadi sehingga TGHH mempertahankan TSKI sebagai MB adalah jauh meleset kerana peluang saya di luar KPS jauh lebih besar. Realiti ini juga jelas menggambarkan bahawa cerita TMI itu direka berdasarkan persepsi sempit si pembuat fitnah.



Saya akan sambung selepas ini, fitnah terhadap Tuan Haji Raja Idris juga adalah sesuatu yang jahat kerana sebab-sebab yang saya akan nyatakan dalam artikel yang akan datang. Juga saya akan coretkan sedikit (tanpa menyebut nama) tentang sumber TMI yang disifatkan sebagai “Pemimpin PKR” oleh tulisan TMI sebelum ini. 

Beliau (Pemimpin PKR) enggan menerima pelawaan saya untuk bersemuka dengan orang dalam TMI yang menyebut namanya sebagai sumber maklumat fitnah yang disebarkan. Saya belum menuduhnya kerana masih di peringkat tabayyun (mencari penjelasan) sama ada sumber dalaman TMI yang benar atau beliau yang benar. 

Tetapi sikapnya yang berdolak dalik ketika saya mencadangkan untuk bersemuka dengan sumber dalaman TMI, seolah-olah membenarkan apa yang disebutkan oleh sumber dalaman TMI itu bahawa ‘beliau’ adalah dalang disebalik fitnah ini. Tapi saya tidak berminat untuk mendedahkan namanya dan siapa orangnya.
 

Bersambung...
- Zaharudin Muhammad.

 

Rujuk:
http://www.themalaysianinsider.com/opinion/zulkifli-sulong/article/siapa-di-balik-pertemuan-lewat-malam-mb-selangor-dan-pas

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/hadi-penghalang-utama-pakatan-singkir-khalid

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/hanya-hadi-menjadi-halangan-penukaran-khalid-kata-sumber-pakatan

(Suaramuhajirin313 - Sekurang-kurangnya kita semua tahu apa yang sedang berlaku di dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor)
 

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text