Bayangkan kalau kita sedang dirawat di hospital yang mana kalau sakit kita makin kronik, kita tahu kita akan mati. Mesti kita rasa takut waktu itu. Maka kita sangat berharap sesiapa sahaja yang mampu membantu
selamatkan kita. Tentulah tidak ada lain harapan kita melainkan kepada Allah yang maha kuasa.
Perasaan mengharapkan semata-mata kepada Allah inilah yang perlu terus disubur dan dikembangkan di dalam hati kita. Inilah maknanya orang-orang pilihan Allah menempuh Ramadhan. Al-Qur’an menyatakan bahawa tujuan puasa yang hendak diperjuangkan adalah untuk mendapatkan rasa takut kepada Allah atau ”la'allakum tattaqun”.
Tentu kita tidak mahu puasa yang tinggal hanya beberapa hari ini hanya seperti yang dikatakan oleh Baginda Nabi saw: "Ramai di antara orang yang berpuasa tidak memperolehi sesuatu dari puasanya, kecuali rasa lapar dan dahaga."
Dalam sebuah hadis qudsi, Allah swt berfirman: “Semua amal anak-anak Adam untuk dirinya, kecuali puasa. Puasa adalah untukKu dan Aku yang akan memberi ganjaran ke atasnya."
Dapatlah kita faham bahwa puasa merupakan satu ibadah yang unik. Tentu sahaja banyak sudut keunikan puasa yang boleh dikemukakan. Misalnya bahawa puasa merupakan rahsia antara Allah dan orang berpuasa yang tentulah melakukannya demi kerana takutkan Allah swt. Itulah yang dimaksudkan dengan taqwa.

SESUNGGUHNYA hubungan antara puasa dan taqwa amatlah erat. Seseorang yang berpuasa dengan menjaga segala adab zahir dan batin di samping melaksanakan segala ketaatan sama ada yang fardhu atau yang sunat sudah pasti menatijahkan takwa.
Takwa itulah yang mengawal hati dari merosakkan ibadat puasa dengan maksiat walaupun maksiat yang berbisik dalam hati. Takwa itulah matlamat yang ditujukan oleh jiwa mereka dan ibadat puasa hanya merupakan salah satu alat untuk mencapai takwa serta salah satu jalan yang menyampaikan kepada takwa.
Rasulullah bersabda, “Ðemi yang diri aku di dalam kekuasaan-Nya,
sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah
daripada minyak attar. Allah berfirman: Sesungguhnya dia telah
meninggalkan syahwatnya, makanannya dan minumannya dengan tujuan untuk
Aku. Maka sebab itu, puasa itu untuk Aku dan Aku sendiri yang akan
membalasnya.”
Ðalam situasi berpuasa, dugaan besar bagi individu ialah bagaimana menjaga kesucian hati. Hati yang kotor mudah diperdaya oleh tuntutan nafsu. Hanya kebersihan hati akan dapat merasakan kehadiran Allah dalam seluruh gerak-geri, walau di mana berada, secara berseorangan mahupun bersama orang lain. Perasaan takut dengan Allah akan berlaku jika proses menahan lapar dahaga dan melawan nafsu itu dilakukan sesungguh hati.
Maka inilah cabaran kita di dalam bulan Ramadan ini, bagaimana untuk mempertingkatkan rasa takut kepada Allah secara bersungguh-sungguh dan istiqamah. Kita perlu sabar dan tabah mengharunginya.
Menyuburkan takwa Sebenarnya takwa mempunyai baja dan apabila ramuan yang sesuai digunakan, maka takwa akan hidup dengan subur dalam diri. Antara baja yang diperlukan bagi menyuburkan takwa ialah muhasabah dan taubat.
Ðalam Surah Al-‘Imran ayat 135, Allah memuji golongan yang sanggup kembali ke pangkal jalan selepas melakukan kesalahan. Allah iktiraf mereka sebagai golongan bertakwa. Allah menjelaskan “Mereka (yang bertakwa) adalah golongan yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, mereka ingat kepada Allah dan memohon ampun di atas dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah. Mereka tidak meneruskan perbuatan keji itu sedangkan mereka mengetahui.”
Muhasabah yang dilakukan dengan ikhlas melahirkan rasa insaf di hati. Keinsafan melahirkan taubat. Taubat yang hakiki mendorong seseorang untuk menyesal dengan apa yang telah dilakukan, meninggalkan segala kejahatan serta berazam bersungguh-sungguh untuk tidak mengulanginya lagi.

Kita sudah lama hidup. Telah puluhan tahun kita menempuh Ramadhan dan menjalani ibadah puasa, Terawikh, baca Al-Quran, iktikaf dan lain-lain. Semuanya itu belumlah berupaya mendatangkan rasa takut di dalam hati kepada Allah yang maha menghukum. Kita masih boleh senyum bahkan bergelak ketawa tanpa sedar umur makin sedikit dan liang kubur sudah menanti saatnya kita dimasukkan di dalamnya.
Malangnya hati kita masih dalam kategori lalai dan alpa dengan Allah. Sepanjang hari selama 24 jam, kita masih gagal membina rasa takut dengan Allah. Bahkan dalam solat fardhu pun, rasa yang sangat bermakna itu belum juga muncul. Jadilah Ramadhan kita adalah Ramadhan orang-orang awam yang hanya dapat lapar dan dahaga. Tidak ada nilai di sisi Allah!!
Justeru waktu-waktu dan hari-hari yang berlaku dalam hidup kita adalah sama seperti puluhan tahun yang lalu. Ramadhan yang sama yang kita tempuh walaupun kita sedar Ramadhan itu menjanjikan rahmat, keampunan dan peluang kelepasan dari neraka. Alhasil masih tidak ada perubahan di dalam hati kita.
Rasa takutkan Allah adalah suatu yang wajib ada di dalam hati. Ianya perlu dibina dan dilatih supaya hati sentiasa terhubung rasa takut pada Allah. Antaranya ialah rasa takutkan dosa tidak diampunNya, takutkan mati membawa dosa, takut mati dalam keadaan suul khatimah, takutkan siksaNya di dalam kubur dan neraka, takutkan kemurkaan Allah atas nikmatNya yang tidak disyukuri dan lain-lain.
Orang-orang soleh yang telah berjaya mendapatkan rasa takutkan Allah ini hanya mampu menceritakan jalan yang telah mereka tempuh. Mereka tidak berupaya membawa kita merasai 'manisnya' perasaan takutkan Allah itu. Ianya adalah usaha kita sendiri. Ibarat seseorang yang memberi gula kepada kita. Jika kita tidak mencicipnya sendiri, kita tidak dapat merasai manisnya gula itu.
Usaha mendapatkan rasa takut ini adalah kewajipan kita sejak akil baligh lagi. 24 jam sehari semalam selama kita jaga dan sedar - selama puluhan tahun, kita wajib berusaha membina rasa itu dan mengekalkannya. Tetapi ternyata sampai kini, kita masih gagal.
Adakah ini Ramadhan terakhir di dalam hayat kita? Berupayakah kita mendapatkan rasa takut ini untuk Ramadhan kali ini? Bukankah Ramadhan adalah bulan paling mudah untuk kita mendapatkan rasa takut Allah? Bukankah bulan ini syaitan telah dibelenggu? Bukankah pintu rahmat, keampunan dan syurga dibuka seluas-luasnya. Bukankah mujahadah lebih mudah berbanding bulan-bulan yang lain?
Ramadhan menyediakan pesta ibadah yang berbagai bentuk. Dalam lapar. dahaga dan letih. kita berpeluang melakukan bermacam-macam ibadah mendekatkan hati dengan Allah. Bilakah khusyuk dengan Allah itu berlaku dalam setiap penghayatan ibadah yang kita lakukan? Bukankah Lailatul Qadr itu Allah rahsiakan daripada pengetahuan kita agar kita sepenuhnya beribadah sepanjang siang dan malam Ramadhan?
Sebab itulah orang-orang Allah menempuh Ramadhan dengan sedih dan pilu. Mereka sedih kerana tidak yakin mampu menghargai kedatangan Ramadhan dengan selayaknya. Perasaan takut dan bimbang bersilih ganti. Tidak mudah untuk mereka bergembira seperti orang lain. Kecintaan kepada Allah dan Rasul menjadikan mereka rasa takut dan cemas.
Sedangkan kita terus-terusan begini. Tidak berubah dan statik bahkan kerap kali merosot!! Sampai bilakah keadaan ini akan terus berlaku?
0 ulasan:
Catat Ulasan