Georgetown: Seorang anak kapal MH17, Nur Shazana Mohamed Salleh, 31, sempat menghantarkan kiriman media sosial whatsApp kepada ibu bapanya ketika masih di Amstrerdam pada malam sebelum kejadian terbabit.
Bapa mangsa, Mohamed Salleh Samsudin, 54, berkata beliau menerima berita berkenaan pada jam 11 malam tadi daripada pihak MAS iaitu waktu yang sama ketika anaknya menghantar WhatsApp pada pada malam sebelum kejadian.
Beliau berkata, dia dan keluarga agak terperanjat dengan berita berkenaan anak sulungnya Nur Shazana dan masih menunggu berita selanjutnya daripada pihak MAS.
“Pada malam semalam dia ada menghubungi saya meminta saya menghantar gambar anak buahnya dan menyatakan hasrat untuk kembali pada hari raya pertama nanti.
“Dia ( Shazana) kata nak pergi kubur pada hari raya kedua untuk baca yasin kepada ahli keluarga terdekat kami,” katanya sambil menahan sebak.
Mohamed Salleh yang menetap di Bayan Baru, di sini, berkata, Shazana menyimpan cita-cita dari kecil untuk menjadi pramugari dan komited terhadap tugasnya.
Nur Shazana salah seorang daripada 15 anak kapal MH17 yang dipercayai ditembak jatuh di Ukraine. Pesawat jenis Boieng 777 yang membawa seramai 280 penumpang itu dalam perjalanan dari Amsterdam menuju ke Kuala Lumpur.
0 ulasan:
Catat Ulasan