Pejam celik, Ramadhan sudah berlalu meninggalkan kita. Kita belum pasti bertemu semula dengan Ramadhan pada tahun hadapan. 3 bulan lalu - sejak Rejab, kita menunggu-nunggu Ramadhan dengan penuh azam untuk menghayati Ramadhan sepenuhnya. Ramai yang berpuasa 3 bulan untuk memastikan hasrat hati Ramadhan benar-benar dihayati. Azam untuk tidak mahu jadi seperti Ramadhan sebelum- sebelum ini.
Hari ini 1 Syawal, kita sepatutnya menyambut Syawal dengan rasa sedih. Inilah perasaan orang-orang soleh..."raaha Ramadhan!!" Maksudnya, "Ramadhan sudah pergi!!" Itulah ungkapan mereka dengan nada sedih dan mata berkaca. Kesedihan berpisah dengan bulan istimewa di sisi Allah begitu menekan hati dan perasaan mereka. Kegembiraan sebenarnya bagi mereka adalah di syurga.
Kita mohon keampunanNya.
Pak Lang mengucapkan Salam Aidil Fitri untuk semua pembaca blog suaramuhajirin ini. Ramai yang menghantar pesanan melalui 'bbm', 'whatsap'dan sms. Semuanya berharap hubungan silaturrahim antara kita akan makin kita eratkan dan mendoakan agar dipertemukan kita semula dengan Ramadhan tahun hadapan.
Pak Lang monon ampun maaf di atas kesalahan dan kesilapan, kekurangan, kejelekan peribadi dan ketidakmatangan dalam tulisan, perbuatan Pak Lang, keluarga Pak Lang dan kawan-kawan Pak Lang... Jumpa lagi.
0 ulasan:
Catat Ulasan