Social Icons

Sabtu, 5 Julai 2014

Tip Anak-Anak Mudah Bangun Sahur

Bagi ibu yang punya anak ramai atau tidak ramai tetapi masih punya anak, antara hambatan di bulan Ramadan ini ialah usaha mengejutkan anak bangun sahur.

Saya pun risau juga menjelang Ramadan baru-baru ini. Alhamdulillah, sejak 6 hari ini, anak-anak mudah bangun untuk sahur termasuk yang akan berusia 7 tahun pada 25 Ogos ini.

Ikhtiar mudah sahaja sebab saya pun ibu yang biasa-biasa iaitu manfaatkan masa berdoa di waktu tahajjud itu. Kita kan bangun awal untuk sediakan juadah. Kita ada banyak masa ‘double mustajab’ di Ramadan al Mubarak ini. Waktu tahajjud di bulan biasa pun sudah mustajab masa berdoa. Inikan pula di bulan Ramadan, penghulu segala bulan yang mana secara umumnya kita tahu kelebihannya.

Peruntukkan masa untuk solat sunat dua rakaat dan satu rakaat witir (Ini sungguh ‘simple’ untuk ibu-ibu biasa macam saya). Kemudian berdoa sahaja kepada Allah,

“Ya Allah, permudahkan urusanku hari ini. Mudahkanlah anak-anakku bangun untuk bersahur. Mereka hambaMu seperti aku juga. Tiada kekuatan untuk beramal kecuali dengan izinMu.”

Selepas doa, turun ke dapur dahulu untuk siapkan juadah. Dalam pukul 5 pagi, baru ke bilik anak-anak untuk kejutkan mereka.

Saya sentuh kepala mereka dan membaca ‘Basmalah’ sahaja sambil kejutkan. Ada juga yang tidak sempat jamah pun sudah bangun.

Alhamdulillah, mereka mudah bangun. Beberapa minit sebelum Subuh, mereka sudah selesai bersahur dan ada yang sudah selesai mandi untuk persediaan ke masjid bagi anak lelaki dan anak perempuan solat di rumah.

Yang penting juga ialah pastikan mereka tidur tidak lebih jam 11 atau 10 malam.

Semoga Allah tetapkan kemudahan ini dengan rahmatNya sehingga ke penghujung Ramadan.

Ummu Abbas
6 Ramadan 1435H
2.18pm
KREDIT UNTUK BLOG SAYANGISLAM

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text