Social Icons

Isnin, 2 Jun 2014

Kenapa GISB Banyak Membangunkan Projek Fardhu Kifayah


Syariat Islam meletakkan tanggung jawab (taklif syarak) itu pada 2 bentuk iaitu Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah. Jika Fadhu Ain merupakan taklif individu muslim, Fardhu Kifayah adalah taklif bersama masyarakat Islam. Kegagalan melaksanakan tuntutan Fardhu Ain menjadi dosa pada individu berkenaan manakala kegagalan melaksanakan tuntutan Fardhu Kifayah menjadikan seluruh umat islam menanggung dosanya bersama.


Satu hakikat yang perlu diakui ialah skop perniagaan Fardhu Kifayah yang sangat luas. Ianya meliputi seluruh keperluan umat Islam yang belum dikendalikan atau diusahakan umat Islam. Selagi umat Islam bergantung harap dengan perkhidmatan orang bukan Islam - dalam aktiviti yang dibenarkan syariat - maka ertinya ianya adalah termasuk dalam tuntutan Fardhu Kifayah. 

Dosa mengabaikan tanggung jawab Fardhu Kifayah inilah yang biasanya menggagalkan seseorang dari masuk ke syurga. Rasulullah SAW menyatakan; "Sesiapa yang tidak mengambil berat urusan kaum muslimin, maka mereka itu tidak bersama kami." 

GISB melihat persoalan ini dengan serius dan mahu bertanggung jawab melaksanakan sebanyak-banyaknya tuntutan fardhu Kifayah ini. Apalah ertinya kesungguhan beramal ibadah tetapi di akhirat kita gagal melepasi dosa-dosa yang berkait hal fardhu Kifayah. Terlalu banyak bidang Fardhu Kifayah yang belum diteroka dan dijayakan umat Islam. Kewajipan yang masih gagal kita lunasi itu pastilah akan memerangkapkan kita di Padang Mahsyar.

Sebahagian besar perniagaan yang bersifat fardhu kifayah ini juga diletakkan di bawah Yayasan Kebajikan Dan Perkhidmatan Perubatan Malaysia (YKPPM) kerana sesuai dengan fungsi fardhu kifayah yang tidak bertujuan menjana keuntungan. Ianya didorong oleh hasrat ingin memastikan keperluan masyarakat islam dapat disediakan di mana sahaja ianya diperlukan. 

Sebagai contoh, di sekitar kawasan ‘segitiga emas Bukit Bintang – Kuala Lumpur’ tidak ada restoran Melayu Islam yang bertaraf 5 bintang. Apa yang ada hanyalah peniaga-peniaga kecil menggunakan van bergerak di merata tempat. Tidak ada yang sanggup membuka restoran di lokasi berkenaan kerana kadar sewanya yang terlalu tinggi. 

Memang ada juga restoran mamak tetapi masih diragui status halalnya. Acap kali kita diberitahu betapa demi mengaut keuntungan, mereka kurang memperduli soal halal dan kesucian. Begitu juga dengan sebahagian gerai makan di foodcourt yang wujud di beberapa pusat membeli belah. Masih ada ruang untuk diragui halal dan kesucian makanan yang dijual.

YKPPM mengambil tanggung jawab menyelesaikan keperluan makan minum umat Islam di lokasi pusat bandaraya – segitiga emas ini. Ianya satu tuntutan Fardhu Kifayah. Bukan soal untung rugi tetapi keperluan menyediakan perkhidmatan yang mampu menyelamatkan umat dan memberi imej positif terhadap agama Islam. 

Di Bukit Bintang, di tengah-tengah pusat hiburan, pub dan bar, GISB bertapak di sana sejak hampir 10 tahun dengan sebuah restoran bertaraf 5 bintang. Dengan sewa dan lain-lain tanggungannya melebihi RM50 ribu, Restoran Ikhwan (Ikhwan Coffee House) ini sudah menjadi tumpuan semua golongan masyarakat termasuk yang bukan Islam. Pelancong dari luar negara juga sudah ramai yang mengenali dan merasai menu yang disediakan. 

Imej restoran / kafe ini tentulah Islam dan dikendalikan oleh kebanyakannya remaja Islam yang terlatih, berakhlak dan berpenampilan menarik. Seseorang yang 'tersesat' di lorong yang lumayan dengan arak dan riuh rendah bunyi muziknya – jika masih beriman akan bertemu tempat untuk menunaikan solat dan menikmati juadah yang halal. Hiburan nasyid Islami sentiasa berkumandang di restoran ini – saling bertingkah dengan muzik keras yang mengaktifkan para pemabuk di sekitarnya.

Dari sudut ini, GISB telah berjaya ‘mencabar’ budaya maksiat dan mungkar yang berleluasa dengan caranya yang tersendiri. Cukup dengan kewujudannya di situ, ianya sudah membuka ruang dan pintu yang luas untuk mereka yang mahu mencari ketenangan - singgah dan berkenalan dengan para remaja berkenaan. 

Rasulullah saw bersabda; “Dan jika dengan sebab kamu, maka Allah berikan hidayah pertunjuknya kepada seseorang maka itu adalah lebih baik bagi kamu dari dunia dan isinya." Maksudnya keuntungan atas nama pertunjuk dan hidayah merupakan kemenangan Islam yang tersangat mahal dari sudut ini. 

Di situlah mereka kembali mendapat cahaya baru dalam hidup mereka. Mereka mula disedarkan betapa Allah itu wujud dan maha mengetahui apa yang dilakukan. Allah maha mengasihi hamba-hambaNya. Dia sentiasa memberi peluang orang yang berdosa untuk taubat kembali kepadaNya. Pintu taubat sentiasa terbuka. 

Sudah ramai golongan yang malamnya tenggelam dengan maksiat, mungkar dan dosa, datang untuk solat zohor dan makan tengahari di situ. Jadi, wujudnya Restoran Ikhwan di situ sudah berjaya menarik golongan yang lalai dan jauh dari Allah itu untuk berpeluang merenung diri mereka. Seseorang yang berjaya sedar hanya dengan datang ke restoran ini adalah keuntungan yang tidak dapat di lihat. 

Remaja yang baru belasan tahun – jika dididik dan diasuh dengan pembinaan rasa hati yang takut Allah dan rindukan nabi saw, akan berupaya bercakap selari dengan keperluan orang yang dihadapan mereka. Itulah yang terjadi bila cakap mereka menyentuh hati golongan ini. Mereka bukan sekadar petugas restoran tetapi remaja yang berupaya menjadi ‘pendakwah tidak resmi' yang menjadi agen menarik manusia yang lalai kembali kepada Allah. 

Sesungguhnya perubahan dan kesedaran ini menggambarkan betapa berharganya kewujudan 2 buah restoran Ikhwan di lokasi segitiga emas Kuala Lumpur ini. Itu belum lagi dikira betapa Restorang Ikhwan Bukit Bintang menjadi pilihan warga asing yang bukan beragama Islam untuk mengadakan jamuan perkahwinan. Ianya mampu melayani kehadiran tetamu seramai lebih 200 orang. Paderi kristian juga turut hadir.

Tidaklah mustahil, GISB akan dapat membuka sebuah restoran yang lebih besar keupayaannya di lokasi yang lebih luas dan merata. Jika sampai waktunya nanti, kita akan menyaksikan kewujudannya. Insya Allah!! 

Baca di sini - tetamu di Restoran Ikhwan Bukit Bintang..

The day was closed with a dinner at the restaurant, Ikhwan Coffee House that were located in the Bukit Bintang area. Bukit Bintang is an area in Malaysia which is also a tourist area that never sleeps. On either side of enhancing diverse entertainment arena or also street food around . It gonna be much like the Khaosan area , but this is neater. The tidyness also remains me the same as when i visited Bukit Bintang long ago when i first time got there.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text