Social Icons

Isnin, 21 Julai 2014

MH17: Tuhan Murka, Kerana Arak & Aurat?




Pemuda PAS Kedah mengaitkan tragedi MH17 dengan “unsur kemurkaan Allah” ekoran hidangan arak dalam pesawat Malaysia Airlines (MAS) dan pramugarinya yang tidak menutup aurat.

“Dalam tragedi dan musibah yang berlaku ini perlunya pihak kerajaan Malaysia dan MAS melihat unsur kemurkaan Allah yang berada dalam perut pesawat-pesawat MAS yang mewakili syarikat penerbangan sebuah negara umat Islam,” kata ketua penerangannya Ahmad Tarmizi Sulaiman.

Dalam kenyataannya hari ini, Ahmad Tarmizi berkata, hidangan arak yang tidak pernah cuba dihapuskan dan aspek berpakaian terkeluar daripada landasan syarak juga tidak diendahkan.

Beliau juga berkata, menaiki pesawat MAS tidak menggambarkan ia dikendalikan oleh negara yang saban tahun menganjurkan musabaqah al-Quran, malah sentiasa menjadi johan taranum.

“Hal ini amat mengecewakan ramai pihak memandangkan ayat-ayat al-Quran yang dialunkan mengandungi banyak ayat hukum berkenaan arak dan aurat serta tanda-tanda kemurkaan Allah,” kata Ahmad Tamizi.

Pemuda PAS Kedah juga mencadangkan diadakan soal selidik dan kajian sama ada syarikat itu akan terjejas jika tiada arak dihidangkan dalam MAS dan pramugarinya menutup aurat dan tidak memakai pakaian ketat lagi.

Sementara itu, dewan itu juga turut melahirkan rasa sedih dan simpati kepada mangsa di dalam pesawat berkenaan serta ahli keluarga yang terlibat. (MK)

1 ulasan:

  1. Berpuluh2 tahun, kenapa sekarang baru tuhan murka??? Org islam mcm ni lah sikit2 bala, sikit2 bala. Emirates tu serve arak jugak, stewardess siap pakai skirt lagi, sekurang2nya steawdess kita pakai pakaian labuh cume ketat je sikit.....kenapa tuhan tak murka pulak.... Dah ajal dia org nak mati dgn cara tu nak wat camne. Korean Air kene tembak, France Air and beberapa lagi airline negeri2 bukan islam yg jatuh & hilang tu sebab ape pulak??? Tuhan murka jugak???

    BalasPadam

 

Sample text

Sample Text

Sample Text