Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2014

Ciri-ciri MB Menurut Sultan Selangor - Bukan Boneka!!

Imej
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor perlu berjiwa rakyat dan boleh berkhidmat kepada rakyat, tetapi bukan seorang yang dikawal oleh orang lain. Sultan Selangor tidak mahu adanya menteri besar umpama boneka yang dikawal, kata satu sumber yang rapat dengan istana dan maklum sentimen baginda. “Menteri besar bukan hanya dipilih oleh majoriti Dewan Undangan Negeri (DUN), tetapi perlu meletakkan rakyat sebagai kepentingan dan boleh menerajui negeri. “Sultan Selangor mahu seseorang yang prihatin terhadap keperluan rakyat dan membangunkan negeri di peringkat tertinggi,” kata sumber itu. Beliau menegaskan seperti yang termaktub di bawah Artikel LI (1), LII (2)(a), (4) dan LV (2)(a) dalam Perlembagaan Negeri Selangor 1959, Sultan Selangor diberi kuasa budi bicara mutlak untuk melantik seorang menteri besar bagi kerajaan negeri Selangor di mana bagi pendapat pemerintah, ia mempunyai sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri. “Seseorang itu...

Maniskan Wajah - Penyelesaian Mudah Cara Rasulullah SAW!

Imej
Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu, "Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?" Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan ubahlah raut mukamu. Kau tahu, Rasulullah adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya." Lelaki itu tertunduk. Dia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Wajahnya sentiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi ...

Kerana Terlalu Berpencak Dan Berkeris, Akhirnya Menikam Diri Sendiri

Tindakan Tuanku Sultan untuk menolak Wan Azizah sebagai pengganti Menteri Besar Selangor sambil meminta setiap parti dalam Pakatan Rakyat mencalonkan lebih dari dua nama calon memberi makna calon kehendak Anwar tidak diterima. Tetapi DAP sudah pasti tidak berkelayakan untuk mencalonkan sesiapa dari partinya kerana DAP tidak mempunyai calon berbangsa Melayu di dalam Dewan Undangan Negeri Selangor. DAP sesungguhnya adalah parti Cina walauipun bersyarah di sana sini mengakui parti itu sebagai parti berbilang kaum. Dalam isu ini hanya PKR dan PAS sahaja yang layak untuk mengemukakan nama-nama calon kerana kedua-dua parti ini adalah parti-parti orang Melayu. Oleh kerana PKR dan DAP masih kekal dengan satu nama, iaitu Wan Azizah sahaja, maka yang akan mengemukakan calon lain hanyalah PAS. PKR tidak mahu akur dengan titah Tuanku untuk memberikan nama yang lain dari Wan Azizah. Maka parti mana yang mahu menerima titah Tuanku itu akan dipertimbangkan untuk menjadi pengganti kepada Khalid ...

Jika Amalan Dinilai Pada Ikhlas, Apakah Amalan Yang Mudah Untuk Mendapat Keredhaan Allah?

Imej
Susahnya hendak berlaku ikhlas dalam amalan kita. Peta Minda di atas dibuat berdasarkan Hadis Nabi SAW di bawah: Dari Muaz, Rasulullah SAW bersabda: “Puji syukur ke hadrat Allah AWT yang menghendaki agar makhluk-Nya menurut kehendak-Nya, wahai Muaz!” Jawabku,”Ya Sayidil Mursalin.” Sabda Rasulullah SAW: “Sekarang aku akan menceritakan kepadamu, bahawa apabila dihafalkan (diambil perhatian) olehmu akan berguna tetapi kalau dilupakan (tidak dipedulikan) olehmu maka tidak akan mempunyai hujah di hadapan Allah kelak.” “Wahai Muaz, Allah itu menciptakan tujuh malaikat sebelum Dia menciptakan langit dan bumi. Setiap langit ada satu malaikat yang menjaga pintu langit dan tiap-tiap pintu langit dijaga oleh malaikat penjaga pintu menurut kadarnya pintu dan keagungannya.“ Maka malaikat yang memelihara amalan si hamba akan naik ke langit membawa amal itu ke langit pertama. Penjaga akan berkata kepada malaikat Hafazah, ”Saya penjaga tukang umpat. Lemparkan balik amalan ini ke muka pemiliknya...

"Tuhanku, Penguasaku, Penghuluku, Aku Tidak Meminta Untuk Diriku. Sesungguhnya Aku Meminta Untuk Umatku Dari-Mu”

Pernahkah kita bayangkan, seorang lelaki mulia, yang hidup di tengah kematian demi kematian orang yang dicintainya. Ia diasingkan kaumnya, terusir dari tanah airnya. Ia dihina, disakiti, tapi tinggi tangannya terangkat memohon “Ya Allah, jika mereka tidak menerima seruanku, jadikanlah anak keturunan mereka kelak orang-orang yang menyembah-Mu”. Pernahkah terbayang oleh kita, seorang lelaki mulia..yang harus mengikat batu di perutnya demi menahan lapar. Ia akan makan di lantai layaknya seorang hamba, padahal raja-raja dan para kaisar memandang penuh iri pada keluasan pengaruhnya, perpaduan masyarakatnya dan kesetiaan pengikutnya. Ia, lelaki mulia itu, Muhammad Bin Abdullah, Rasulullah SAW. Pernah suatu ketika Baginda SAW bersabda: “Setiap Nabi memiliki satu do’a yang tidak akan tertolak. Dan aku menyimpannya untuk umatku di padang Mahsyar nanti”. Duhai.. betapa Baginda begitu mencintai umatnya, kita. Bahkan saat sedang menahan dahsyatnya sakaratul maut, yang Ia khawatirkan hanya umatny...

Apakah Syafaat Rasulullah SAW?

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم ERTI SYAFAAT Syafaat dari sudut istilahnya adalah pengantara bagi seseorang dalam hal mendapat manfaat atau menjauhkan daripada hal mudharat. A) Mendapat Manfaat: Syafaat Nabi Muhammad SAW bagi ahli Syurga supaya masuk ke dalam Syurga. B) Menjauhkan Mudharat: Syafaat Nabi Muhammad SAW bagi mereka yang akan dimasukkan ke dalam Neraka agar terselamat darinya. JENIS SYAFAAT UTAMA Secara ringkasnya para ahli Ilmu telah menyebutkan DUA jenis syafaat iaitu: PERTAMA: Syafaat Khusus bagi Rasulullah SAW. Di sini terdapat 3 bahagian: 1) Syafaat ‘Uzhma Syafaat ini merangkumi setiap umat manusia iaitu termasuk umat nabi dan rasul yang lain ketika di Padang Mahsyar. Terdapat banyak hadith yang mutawatir, dan antaranya hadith Anas bin Malik yang panjang. 2) Syafaat Baginda pada Ahli Syurga untuk mendapat izin memasuki Syurga Apabila selesai perhitungan (hisab) dan berjaya melintasi titian, Ahli Syurga mendapati pintu Syurga tertutup, sehinggalah Baginda memohon syafaat agar ...

Penerbangan Membawa Pulang Jenazah Paling Emosi

Imej
PENERBANGAN PALING EMOSI     SEPANG : Ketua Juruterbang Datuk Kapten Missman Leham menyifatkan tugasan membawa pulang 20 jasad tragedi Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang tiba di tanah air pada Jumaat lalu adalah 'penerbangan paling sukar' baginya sejak menyertai MAS 33 tahun lalu. Missman berkata, penerbangan selama 12 jam itu juga adalah penerbangan paling emosi buatnya kerana beliau tahu siapakah 'penumpang' istimewa pesawat khas MH6129 selain mengenali secara peribadi sebahagian mereka. "Dua, tiga hari sebelum berlepas sudah rasa sedih, sebab kita tahu ini penerbangan paling penting dan dinantikan ramai, khususnya kepada waris mangsa," katanya semasa ditemui selepas istiadat penghormatan jenazah tragedi MH17 di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini, hari ini. Bagaimanapun, Missman bersyukur kerana penerbangan yang membawa 20 jasad itu dimudahkan, bukan sahaja dari sudut cuaca yang baik, namun mendapat ...

Bercinta Selepas Kahwin - Indah Dan Berkat!!

Berhubung dengan percintaan sebelum kahwin yang banyak berlaku kerana mengikut budaya barat. Ianya memberi kesan negatif kerana melanggar larangan Allah. Allah mengharamkan zina dan apa-apa tingkahlaku yang membawa kepada zina. Dalam Islam, lelaki dan wanita yang tidak ada sebarang pertalian darah (mahram) tidak boleh membuat sebarang perhubungan, sentuhan, keluar berdua-duaan (dating) atau sebagainya. Tanpa ikatan yang sah, tidaklah ada sebarang perhubungan bagi yang mukan muhram. Sudah banyak pengalaman orang-orang terdahulu mengajar kita betapa cinta yang berlandaskan keinginan nafsu tanpa panduan syarak gagal di pertengahan jalan. Ramai yang menjadi buta kerana cinta. Itulah cinta yang didorong nafsu. Tidak ada keberkatan dan kebaikian di sebalik cinta sebegini. Orang yang sedang bercinta  tidak dapat menilai sesuatu dengan baik kerana ditutup oleh perasaan nafsu itu. Pastilah ada syaitan dan iblis di pihak nafsu yang akan menipu kedua yang bercinta dengan pelba...

Boleh Lihat Bakal Isteri Tetapi Ada Batasnya!!

Imej
Gambar Hiasan Cinta itu adalah suatu perasaan yang dikurniakan oleh ALLAH kepada setiap insan. Cinta mendorong manusia untuk terus hidup dan mencapai kejayaan dunia dan akhirat. Islam tidak pernah menghalang sesuatu yang merupakan fitrah. Tetapi Islam memberikan garis panduan agar kehidupan mereka terpelihara daripada kerosakan dan menjamin keamanan mereka. Cinta yang didorong oleh rasa takut kepada ALLAH akan membawa kebaikan dan kebahagian kepada manusia. Sebaliknya cinta yang berlandaskan nafsu tidak akan kekal. Malah akan menyebabkan manusia rasa gundah gulana dan kecewa. Cinta yang sejati dan agung hanyalah untuk ALLAH. Sabda Rasulullah s.a.w: "Tiga perkara yang sesiapa melakukannya akan mendapat kemanisan iman: Menjadikan ALLAH dan Rasul-NYA s.a.w sebagai cinta yang paling utama, menyintai seseorang semata-mata kerana ALLAH dan benci untuk kembali kepada kekufuran seperti dia benci dicampakkan ke dalam neraka." – Riwayat al-Bukhari. Kewujudan cinta sebelum membuat k...

Prinsip Berkecuali Penjawat Awam Mesti Dihormati

Imej
Pemimpin Lama Umno Kena Buli Dengan Pemimpin Muda Umno Tidak adil membekukan laluan kerjaya penjawat awam yang tidak menyokong “parti kita”, kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin. Menteri belia dan sukan itu juga berkata, prinsip berkecuali penjawat awam mesti dihormati kerana tugas mereka berbeza dengan pegangan politik yang dipercayai. “Saya tidak paksa sesiapa sokong parti saya. Sudah pasti saya mahu mereka sokong parti saya, tetapi lebih baik mereka sokong secara sukarela. “Apa guna kita paksa mereka bersorak dan mengangkat banner (kain rentang) sokongan kalau itu cuma satu lakonan?” katanya. Beliau menulis demikian dalam Facebook bagi menjelaskan sebuah laporan yang menurutnya boleh menyebabkan pihak tertentu mengambil kesempatan menuduhnya mempromosi musuh musuh dalam selimut. Laporan Astro Awani itu memetiknya sebagai berkata, beliau tiada masalah mengambil penyokong Pakatan Rakyat bekerja dengannya jika terbukti individu itu berkebolehan tinggi. Bagaimanapun, katan...

Bongkar!! Anwar Dedah Sebab Khalid Ibrahim Disingkirkan daripada Parti

Imej
‘Tak peduli’ Punca Utama Khalid disingkirkan, Dedah Anwar [The Malaysian Insider] Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui dirinya dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berada dalam dilema sebelum memutuskan untuk menyingkirkan rakan karib mereka, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, daripada parti. Anwar berkata beliau dan isteri menganggap Khalid sebagai keluarga terdekat, dan pada mulanya sering mempertahankan menteri besar (MB) Selangor itu apabila diserang ahli parti sendiri yang mengeluh tentang kelemahannya. Tetapi akhirnya terpaksa membuat keputusan setelah mendapati kesalahan besar Khalid adalah sering menunjukkan sikap tidak peduli terhadap masalah rakyat. "Azmin tahu, Majlis Pimpinan Negeri (Selangor) bertahun-tahun minta tindakan saya pertahankan," kata Anwar merujuk kepada Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali. "Saya tak setuju dengan tindakan itu semua. Saya pernah pegang tangan Tan Sri Khalid; 'banyak perkara yang baik dilakukan tapi deng...

Wan Azizah Tidak Akan Jadi MB Selangor.. Ini Sebabnya?

Imej
“Jika pengundi ini percaya PAS adalah masalah kepada krisis itu dan mereka menarik balik sokongan terhadap parti itu, PAS boleh hilang antara 4 hingga 5 kerusi,” kata pegawai PKR yang enggan dikenali lapor The Malaysian Insider ... Takkan PAS saja yang hilang kerusi kot? PKR tak hilang langsung ke?.. siapa saja yang memberikan kenyataan ini kepada The Malaysian Insider boleh dianggap syok sendiri.. Sebabnya kalau PRN ini menyebabkan PAS kehilangan kerusi, PKR juga akan mengalami nasib yang sama. Dengan situasi semasa, penyokong PAS dijangka memboikot atau melakukan sabotaj terhadap mana-mana calon PKR yang bertanding di kawasan mereka. Oleh itu PKR juga dijangka kehilangan hampir separu dari jumlah kerusi yang sedia ada kini.. Ditambah pula dengan kajian UmCedel yang mengatakan peratus yang menyokong PR telah menyusut sekurang-kurangnya 30%.. sekurang-kurangnya 15 kerusi tergugat... lihat di ( SINI ) Yang terkesan ialah PKR dan PAS dalam krisis MB ini manakala DAP dijangka tida...

Israel (Yahudi) Lampaui Kebiadaban Hitler -Erdogan

Imej
Recep Tayyip Erdogan. foreignpolicy.com Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan semalam melancarkan sindiran keras terhadap Israel atas tindakan negeri Zionis itu di Gaza, membandingkan mentaliti beberapa orang Israel dengan pemimpin Nazi Jerman Adolf Hitler. Erdogan, yang menggambarkan dirinya sebagai pemimpin muslim global yang bercakap untuk hak-hak Palestin, telah memperhebatkan retorikanya dalam melawan Israel atas aksi dari negeri Yahudi itu di Gaza, menjelang pemilihan presiden Turki pada 10 Ogos akan datang, seperti yang dilaporkan oleh stesen televisyen Al Arabiya, Ahad (20/7). "(Israel) tidak punya hati nurani, tidak punya kehormatan, tidak ada kebanggaan. Mereka mengutuk Hitler siang dan malam, tetapi mereka telah melampaui kebiadaban dilakukan Hitler," kata Erdogan di depan para penyokongnya di sebuah kempen di Bandar Ordu, kawasan Laut Hitam. Erdogan telah menuduh ahli politik sayap kanan Israel Ayelet Shaked berkongsi mentaliti yang sama seperti Hitler, s...

Tahniah Erdogan! Menang P'raya Presiden.

Imej
  KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan merakamkan ucapan tahniah kepada Recep Tayyip Erdogan di atas kejayaannya memenangi pilihan raya Presiden Turki baru-baru ini. Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob dalam suratnya yang dihantar kepada Erdogan 18 Ogos lalu mendoakan semoga Turki di bawah kepemimpinannya sentiasa mendapat keberkatan daripada Allah SWT. “Saya bagi pihak kerajaan dan rakyat Kelantan, Malaysia ingin merakamkan penghargaan dan tahniah di atas kemenangan tuan dalam pilihan raya Presiden di Turki,” katanya pada surat yang dialamatkan kepada Istana Presiden di Ankara, Turki. Kata beliau sebagai persaudaraan dalam Islam kita mesti sentiasa memberi perhatian yang tinggi bagi mempertahankan Islam dalam menghadapi diskriminasi dan ketidakadilan yang berlaku. Menurutnya juga Erdogan telah memberi sumbangan besar terhadap perpaduan umat Islam terutamanya mereka yang tertindas di seluruh dunia dengan keberanian diplomasi. “Semoga Allah SWT memberikan kita keazaman yang kuat ...

ak Pernah Daftar Nikah Sejak Kahwin - Rozana Dedah Awie (Wings)

Imej
  Rozana (tengah) bersama peguamnya iaitu Rubiah Jaffar (kiri) dan Majdah Muda. KL: Isteri kepada penyanyi Awie iaitu Rozana Misbun hanya menyedari perkahwinannya selama ini yang telah mencecah lapan tahun tidak pernah didaftarkan di negara ini selepas dia merujuk masalah rumah tangganya di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kira-kira dua bulan lalu. Rozana, 36, berkata, suaminya pernah memberitahu kepadanya sebelum ini perkahwinan mereka di Songkhla, Thailand pada 20 Jun 2005 telah didaftarkan dan dia terkejut apabila diberitahu tiada sebarang rekod perkahwinan mereka berhubung perkara itu. "Selepas tragedi 2 Jun lalu saya pergi ke Jawi dengan niat untuk mendapatkan khidmat kaunseling berhubung masalah rumah tangga kami dan apabila mereka semak surat perkahwinan kami di setiap negeri, ia tiada dalam rekod. "Pada ketika itulah baharu saya mengetahui perkahwinan kami masih belum didaftarkan sepanjang sembilan tahun berkahwin," katanya kepada mStar O...

20% Pelajar Menengah Di Perlis Ketagih Ketum

Imej
KANGAR: Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man berkata guru boleh memainkan peranan berkesan untuk membantu pelajar mengatasi masalah ketagihan air ketum. Beliau berkata kajian Jabatan Pendidikan Perlis mendapati 20 peratus daripada pelajar tingkatan satu hingga enam di negeri ini terbabit meminum air ketum. "Kerajaan negeri bimbang peringkat awal pelajar-pelajar ini menagih air ketum tetapi lama-kelamaan mereka menjadi penagih dadah, ubat batuk atau menghidu gam," katanya semasa berucap merasmikan sambutan Hari Guru peringkat negeri kali ke-43 di Dewan 2020 di sini semalam. Azlan melahirkan kekhuatirannya bahawa pelajar yang menjadi penagih air ketum sanggup melakukan jenayah untuk mendapatkan wang kerana tidak dapat mengawal ketagihan. "Saya sedar tanggungjawab ini bukan mudah untuk dipikul kerana guru juga perlu memberi tumpuan terhadap pencapaian akademik para pelajar. Namun saya harap guru yang kerap bersemuka dengan mereka mengambil kesempatan itu untuk memb...

Tafakur MH17 Langgar Fatwa N/Perlis 1974

Imej
SEBUAH memo dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Perlis bertarikh 22 Ogos 2014, hari ini tersebar di laman² sosial facebook dan twitter. Memo berbentuk pemberitahuan itu turut melarang penganjuran Program Tafakur #MH17 oleh Kerajaan Persekutuan di Negeri Perlis kerana perbuatan itu didakwa melanggar Fatwa Negeri Perlis tahun 1974. ‎ Nampaknya program bertafakur sempena tragedi #MH17 tidak akan diadakan di Negeri Perlis. Bagaimana pula dengan negeri lain, adakah program tersebut tidak melanggar fatwa di negeri² lain?   Read more:  http://milosuam.blogspot.com/2014/08/program-tafakur-mh17-langgar-fatwa.html#ixzz3B9NJbVSb Anda mungkin juga meminati:

Kes S Deepa, Pertembungan 2 Mahkamah?

Imej
Kerani dari Seremban, S Deepa memegang gambar anaknya (tidak ditunjukkan). Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) menggesa agar kerajaan meminda undang-undang bagi membolehkan individu bukan Islam dibenarkan menghadiri sesi perbicaraan di Mahkamah Syariah bagi menuntut keadilan. – Gambar The Malaysian Insider, 12 April, 2014. Pinda undang-undang, bolehkan bukan Islam hadir ke Mahkamah Syariah, kata peguam Islam Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) menggesa agar kerajaan meminda undang-undang bagi membolehkan individu bukan Islam dibenarkan menghadiri sesi perbicaraan di Mahkamah Syariah bagi menuntut keadilan. Presiden PPMM, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar ketika mengulas berhubung isu hak penjagaan anak beragama Islam oleh ibu beragama Hindu berkata, terdapat pertindihan perintah antara Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil dalam isu yang berlaku di Seremban itu. "PPMM menyeru agar undang-undang dipinda bagi membolehkan orang bukan Islam dibenarkan hadir ke mahkamah syari...

PAS Terengganu Gopoh Gapah

Imej
PAS Terengganu akan mengesyorkan kepada ibupejabat PAS pusat dan Majlis Syura Ulama PAS supaya memecat dua ADUN PAS Selangor kerana mengabaikan keputusan parti berhubung krisis menteri besar negeri itu. Pesuruhjayanya, Satiful Bahri Mamat berkata, walaupun siasatan sedang berjalan terhadap kedua-dua ADUN berkenaan, tetapi PAS Terengganu tetap dengan pendiriannya bahawa wakil rakyat itu hendaklah dipecat kerana menjejaskan imej parti, lapor Bernama. Sebelum ini, katanya, PAS juga telah memecat beberapa pemimpin kanan parti berkaitan dengan masalah moral dan disiplin. Ini juga, katanya, akan menjadi satu pengajaran kepada semua supaya tidak mengabaikan parti dalam apa jua krisis yang mungkin timbul, tetapi sebaliknya, harus memberi kesetiaan penuh kepada parti. Satiful Bahri memberitahu pemberita demikian di majlis sambutan hari raya PAS Terengganu semalam. Dua ADUN PAS itu - Sa'ari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) telah memberi sokongan kepada Presiden PKR, Datuk...

Gambar Istiadat Penghormatan Dan Penerimaan Jenazah Mangsa Nahas MH17

Imej
Pesawat khas Malaysia Airlines yang membawa 20 jenazah rakyat Malaysia mangsa tragedi MH17, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), Sepang pukul 9.54 pagi ini. Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam pukul 9.40 malam tadi untuk penerbangan selama 12 jam ke Kuala Lumpur, membawa kumpulan pertama jenazah dalam 17 keranda dan tiga dalam kendi berisi abu mayat. Setiap keranda yang membawa jenazah mangsa tragedi MH17 dibawa ke kenderaan jenazah oleh kumpulan pengusung seramai lapan anggota ATM. Sebelum itu, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah tiba di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) untuk memberi penghormatan kepada 20 jenazah rakyat Malaysia mangsa tragedi MH17. Bersama Seri Paduka berdua ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor. Sudah sedia berada di KLIA ialah waris-waris mangsa yang menunggu ketibaan jenazah pagi i...

Calon PRK Pengkalan Kubur Wajar Daripada PAS - Analisa DetikDaily

Imej
Dari Blog ADDIN Pakatan Rakyat (PR) wajar mengambil kesempatan sempena Pilihanraya Kecil (PRK) Dun Pengkalan Kubor untuk mengukuhkan kerjasama politik di antara PAS, Keadilan dan DAP.PRK kali ini juga penting buat Menteri Besar (MB) Kelantan yang baru, Datuk Ahmad Yakob atas dua sebab. Pertama, ini adalah PRK pertama di Kelantan setelah beliau menjadi MB menggantikan Datuk Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat.Kedua, Dun Pengkalan Kubor sendiri berjiran dengan Dun MB iaitu Pasir Pekan. Kedua-duanya terletak di bawah parlimen Tumpat yang diketuai MB selaku Yang Dipertua PAS Tumpat.Sejauh manakah pengaruh MB baru ini dapat membantu PR untuk memenangi semula Dun Pengkalan Kubor? Umum mengetahui yang Kelantan dilanda "krisis yang tak nampak" berikutan gaya pentadbiran MB baru yang dilihat tidak menawarkan apa-apa yang menarik untuk rakyat, di samping isu kedudukan Datuk Husam Musa yang menjadi duri dalam daging bagi PAS Kelantan. Dun Pengkalan Kubor itu sendiri merupakan satu D...