Social Icons

Isnin, 11 Ogos 2014

[TERKINI] Sultan Selangor Perkenan Khalid KEKAL Sebagai MENTERI BESAR SELANGOR | Pertimbang Sertai PAS

Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, Sultan Selangor perkenan beliau terus menjalankan tugas sebagai Menteri Besar Selangor.



Beliau berkata, kerajaan Selangor boleh berfungsi dengan empat EXCO dari Pas yang menyokong dirinya tanpa wakil DAP dan PKR.

Dalam pertemuan itu juga, beliau juga memaklumkan masih mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor.

Abdul Khalid yang juga ADUN Pelabuhan Klang akan mengadakan pertemuan dengan semua EXCO terutama dari DAP dan PKR untuk bertanyakan sokongan mereka terhadapnya, esok, selain memaklumkam 4 EXCO PAS sebelum ini sudah membuat ketetapan menyokong beliau.

Abdul Khalid pagi tadi juga menghadiri mesyuarat Majlis Dewan Diraja Selangor yang berlangsung lebih dua jam.

Kemelut jawatan Menteri Besar Selangor mencapai tahap kronik selepas PKR mengumumkan mahu menggugurkan Abdul Khalid dan diganti dengan Presiden parti itu, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Cadangan itu mendapat sokongan daripada pimpinan tertinggi parti DAP dan PKR, namun PAS mengambil pendirian berbeza, mahu Abdul Khalid dikekalkan.
Kelmarin, Abdul Khalid dipecat keahliannya dalam PKR oleh Lembaga Disiplin parti itu.

Beliau berkata, kerajaan Selangor boleh berfungsi dengan empat EXCO dari Pas yang menyokong dirinya tanpa wakil DAP dan PKR.

Katanya, peraturan di negeri Selangor membenarkan minumum empat EXCO dan maksimum 10 orang dilantik untuk mentadbir kerajaan neger itu.

Selain itu, Khalid turut mempertimbang untuk menyertai PAS namun perlu diteliti sebelum keputusan muktamad dibuat.

"Perkara itu (masuk PAS) akan dipertimbangkan tapi saya kena bersihkan terlebih dahulu segala tohmahan buruk yang dilemparkan PKR," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, sebentar tadi.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text