Rukun Islam
Solat ialah tiang agama dan seorang Muslim wajib menunaikan solat mengikut waktu. Apabila anda menaiki pesawat bersolat adalah agak sukar. Untuk mengambil wuduk bahagian kaki sukar untuk disapukan air dan kalau nak bersolat pula kena bersolat secara duduk dengan qiblat yang diagak (dzan).

Tetapi sekiranya anda menaiki pesawat Saudi Arabian Airline dan Iran Air, ada ruang bersolat yang selesa disediakan di dalam pesawat perjalanan jauh. Ianya lengkap dengan arah qiblat yang dipaparkan pada skrin LCD dan ruang yang cukup selesa untuk bersolat. Difahamkan ruang solat sebegini tidak ada pada pesawat yang membawa bakal haji ke Saudi.
Canggung juga ya. Kami berharap jika anda tahu sesiapa yang memguruskan pesawat membawa jemaah ke tanah suci untuk mencontohi dua syarikat penerbangan ini. Insyallah akan mendapat pujian penumpang. Tapi jika yang dipentingkan keuntungan duniawi, ruang solat itu dianggap tidak mendatangkan 'income' sebab mengambil ruang kerusi penumpang yang 'boleh dijual'.
Sumber Airliners , Al Kanz , JetPhotos , Prayer Rooms
0 ulasan:
Catat Ulasan