Social Icons

Ahad, 10 Ogos 2014

Jika Khalid Masih MB, Semua Bergantung Pada PAS - Datuk Dr Shad Saleem



Pakar: MB bergantung pada sokongan PAS Tokoh perlembagaan Datuk Dr Shad Saleem Faruqi berpendapat, nasib Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar terletak di tangan PAS.

Dengan memberikan beberapa senario usul tidak percaya yang boleh berlaku di Selangor, Shad berkata, walaupun Khalid masih boleh memegang jawatan menteri besar, ADUN Pelabuhan Klang itu bagaimanapun perlu bergantung kepada peranan dan undi PAS.

Dalam wawancara yang disiarkan akhbar Berita Harian hari ini, beliau menjelaskan satu usul tidak percaya memerlukan majoriti mutlak daripada jumlah keahlian DUN iaitu sebanyak 29 daripada 56 kerusi. Katanya, dengan melihat keunikan jumlah kerusi di DUN Selangor, pelbagai kemungkinan boleh berlaku.

"Senario pertama, PKR sendiri diwakili 13 ADUN tidak termasuk Khalid. DAP 15, PAS 15 dan Umno 12. Jika semua bergabung tidak ada masalah untuk menggulingkan Khalid.

"Kedua, Umno boleh menyokong Khalid atau tidak, tetapi semua rakan Pakatan (43) sebulat suara boleh menyokong usul itu dan ia boleh jadi kenyataan.
 
"Ketiga, PAS boleh dibahagikan kumpulan menyokong dan tidak menyokong tetapi jika seorang ahli PAS menyokong PKR (13) dan DAP (15), usul tidak percaya tidak boleh berjaya kerana masih tidak akan mencapai jumlah majoriti yang diperlukan, iaitu 29," katanya dalam wawancara dengan harian itu.

Selain itu, beliau juga menambah, senario keempat boleh juga berlaku sekiranya PAS yang mempunyai 15 kerusi dan Umno (12 kerusi) bergabung. Bagaimanapun ia masih gagal mencapai majoriti. Malah, katanya, gabungan PKR (13 kerusi) dan DAP (15) kerusi juga gagal kerana kekurangan satu undi.

"Abdul Khalid nampaknya masih dapat memegang jawatan menteri besar. Semuanya bergantung kepada peranan dan undi PAS

"Saya melihat masa depan Selangor ketika ini terletak pada tangan PAS yang selama ini banyak berdiam diri walaupun memiliki kerusi paling banyak dalam DUN, semua terletak kepada mereka dan Abdul Khalid nampaknya menjadi penampan (penghalang) mengimbangi kuasa politik Selangor," katanya lagi.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text