Seperti yang blog ini perkatakan sebelum ini, pandangan perundangan dan pandangan kemanusiaan tidaklah sama. Inilah yang perlu diberi perhatian oleh siapa sahaja yang berpolitik di Malaysia.
Atas kertas, undang-undang kelihatan menguasai semua sudut pemerintahan negeri atau pentadbiran pusat. Tetapi sultan yang ada, tetaplah manusia. Sultan - secara undang-undang hanya untuk mengesah-restu apa-apa yang dimaklumkan (baca dinasihatkan) oleh MB di negeri atau Perdana Menteri di peringkat kerajaan persekutuan (Yang Di Pertuan Agong).
Sistem raja berperlembagaan di negara ini sangat unik. Ianya memerlukan hubungan baik dan serasi antara sultan dan penguasa ekskutif kerajaan negeri dan persekutuan. Jika sultan tidak bersetuju atau tidak berkenan, apakah kuasa udang-undang yang boleh dilaksanakan?
Di sinilah kemelut politik negeri Selangor akan menjadi kusut dan sulit bagi Pakatan Rakyat. Ianya tidaklah mudah melainkan PR bersetuju sahaja dengan sesiapa yang berkenan di hati Sultan Selangor untuk menjadi MB - dari kalangan ADUN Pakatan Rakyat. Kalau Sultan tidak mahukan DS Wan Azizah, secara semula jadi dan yang biasa dilakukan oleh mana-mana parti yang menguasai ADUN ialah mengemukakan nama yang sekira-kira disetujui Sultan.
Pentadbiran negeri memerlukan keserasian antara MB dan Sultan. Tanpa serasi bagaimana perjalanan negeri dapat berjalan lancar, tersusun, terancang dan stabil.
Dalam kes Selangor, memang Pakatan Rakyat mempunyai hak untuk melantik sesiapa yang difikirkan sesuai, layak dan mampu mentadbir Selangor mengikut selera partinya. Tetapi bagaimana jika Sultan tidak setuju dan merasakan calon berkenaan tidak sesuai 'bekerja' dengan Baginda? Kita akan lihat episod seterusnya, apa yang akan berlaku.
Apa yang sedang dilakukan oleh YB Khalid Samad sekali lagi akan mengocak kelancaran perlantikan MB seperti yang diharap-harapkan. Janganlah bercakap soal undang-undang dan peraturan kerana jika PR menjerit satu dunia pun, Sultan boleh bungkam tidak mahu berkompromi, apa yang boleh PR lakukan? Buatlah demonstrasi seluruh Selangor, Sultan boleh terus tidak bersetuju dengan calon yang PR kemukakan.
Sebab itu PR kena belajar 'bertata-keromo' dengan Sultan. Jangan diusik kuasa Baginda. Janganlah dikacau hak Baginda membuat keputusan. Dan janganlah 'cuba mengajar' Sultan dalam memahami undang-undang.
Seelok-eloknya sekarang, PR mencari jalan mendekati Sultan. Antara ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat, hubungan PAS dengan istana dilihat lebih dekat dan tidak ada masalah. Keadilan dan DAP sejak lama sudah tidak mesra dengan istana Selangor. Mereka ibarat 'tamu' masuk ke rumah orang dan buat bermacam-macam hal tanpa peduli keberadaan 'tuan rumah'.
Mungkin PR boleh gunakan saluran Presiden PAS untuk mengadap Tuanku Sultan Selangor - sekadar untuk menyampaikan dan mendengar pandangan Baginda. Selesaikan dulu hal-hal yang menyangkut ketidakpuasan hati Sultan barulah DS Wan Azizah memohon mengadap.
DS Wan Azizah memang ada hak memohon membentuk kerajaan negeri yang baru - atas kapasiti beliau seorang ADUn yang mendapat sokongan majoriti - yang dicalonkan Pakatan Rakyat untuk menerajui pentadbiran kerajaan negeri yang baru.

Secara lumrah, siapa pun perlu dijernihkan hati yang keruh sebelum dimulakan perbincangan yang lebih serius. Dalam kes Selangor, hati Sultan Selangor sudah banyak tercalar dengan Pakatan Rakyat. Sebagai manusia, Baginda juga ada perasaan dan boleh memilih gaya mana untuk memberi respon.
Kita orang Melayu tidak pandai menghormati Sultan kita. Jika Baginda diterima sebagai tonggak yang mampu memberi keadilan untuk seluruh rakyat, kita tidak perlu mendesak Baginda. Cuba kita tengok bagaimana orang politik di Thailand menghormati raja mereka. Raja-raja Melayu sudah lama tahu dan mempraktikkan tanggungjwab mereka. Hanya kita terutama sebahagian orang-orang politik yang cuba menperlekehkannya.

Kemarahan manusia biasa tidaklah sama dengan kemurkaan sultan. Maka seelok-elok pendekatan ialah kasih sayang dan menghormati orang lain. Jangan semata-mata mahu memaksa dan mendesak. Tidak akan ada hasil yang positif jika cara mendesak yang dipilih.
Bukan mudah Pakatan Rakyat mengatasi masalah yang sedang melekat di 'kerongkongan' mereka sekarang. Ingatlah rakyat sedang menilai cara bertindak Pakatan Rakyat. Jauhilah budaya keras dan mendesak kerana ianya cara yang menjauhi keharmonian. Belajarlah untuk menghormati dan menghargai kerana jika kita membawa kebenaran dan keadilan yang benar, pastilah yang benar dan adil itu jugalah yang menjadi pembawaan diri kita.
Apa yang diluahkan YB Khalid Samad bila ditanya media - mengenai hal ini dan apa yang dihebuhkan semua penyokong PR di internet hanya merosakkan proses berbaik-baik dengan Sultan.
Hari ini, Setia Usaha Agong PAS sudah menyatakan bahawa pandangan Khalid Samad itu adalah pandangan peribadinya. Ini semua menunjukkan apa yang dilakukan Khalid Samad itu tidak membantu menjernihkan keadaan. Bahkan ianya tambah mencemarkan perjalanan DS Wan Azizah ke istana mengadap Sultan!!
Sebab itu kita 'rimas' lihat ramai sangat yang suka bercakap dan kebanyakannya 'sokong membawa rebah'. Isu yang ditimbulkan ini pun termasuk dalam kategori merosakkan. Ianya tidak membantu sama sekali. Ya! kadang-kadang kita boleh membaca kenapa isu sebegini ditimbulkan seseorang pada ketika ini. Tentu ada keberuntungannya yang YB Ahli Palimen Shah Alam itu seorang sahaja yang tahu.
Jadi persoalan hubungan Pakatan Rakyat dengan Istana Selangor; apakah statusnya sudah ditahap; 'nasi sudah menjadi bubur' atau 'retak menunggu belah' sama-samalah kita saksikan episod seterusnya.

Kita akan lihat nanti, bila Sultan Selangor sudah berada di istana pada esok, siapakah yang akan dipanggil mengadap Baginda terlebih dahulu?
0 ulasan:
Catat Ulasan