Social Icons

Ahad, 10 Ogos 2014

Isu Tan Sri Khalid - Tunggu Keputusan PAS Besok

Pemecatan TS Khalid dari PKR sememangnya telah di rancang dari awal lagi, sebaik sahaja Pakatan Rakyat tidak memenangi PRU yang lepas. Ini di sebabkan Selangor sahajalah negeri yang membolehkan PKR dan Ketua Umumnya untuk berpaut, justeru PKR terpaksa mengenepikan Khalid untuk memberikan laluan untuk Anwar untuk memperkuatkan ototnya bagi menghadapi masalah-masalah yang terlalu ‘mountable’ yang beliau sedang hadapi.

Masalah ‘verdict’ mahkamah tentang isu sodominya menghantui beliau kerana masalah ini merupakan ‘circumvention’ yang terlalu besar baginya untuk mencapai ‘ultimate’ nya menjadi orang yang paling berkuasa dalam negara ini. Jika beliau tidak terbabit dengan isu ini tentunya beliau telah menjadi Perdana Menteri sekarang dan mungkin sedang menghadapi masalah lain dari yang beliau hadapi sekarang.

Untuk menyelesaikan masalah beliau itu, beliau memerlukan ‘understanding’ dari puak-puak yang menyokongnya termasuk Khalid Ibrahim sendiri, maka Khalid di berikan dukungan untuk menjadi Menteri Besar. Anwar mengharapkan Khalid ‘reciprocates’ terhadap sokongan peribadi terhadap beliau (Khalid) apabila Anwar memerlukan sokongan balas darinya. Itu sebabnya diatas pengakuan Anwar sendiri ‘Kajang move’ itu telah di rancang dari awal dan Anwar telah pun memberitahu Khalid yang beliau akan di ambil alih oleh Anwar sendiri sebagai Menteri Besar Selangor itu.

Tetapi malang bagi Anwar, Khalid tidak mahu berganjak kerana merasakan tindakan itu adalah tindakan yang sangat susah bagi beliau untuk berkorban untuk Anwar. Khalid tahu yang Anwar memerlukan jawatan itu untuk menyambung ‘lease’ usia politiknya kerana jika beliau dipenjarakan maka peluang beliau untuk kembali aktif terlalu tipis kerana beliau akan hanya boleh kembali bergiat setelah berumur 76 tahun.

Keengganan Khalid untuk memberikan bantuan terhadap beliau bagi menyelesaikan masalah undang-undang yang sedang beliau hadapi ini membuatkan Anwar marah, maka inilah tindakan terhadap Khalid yang dilakukan oleh PKR, parti yang Anwar kuasai ini.

Anwar telah bersabar agak lama juga, maka akhirnya beliau mengumumkan yang Khalid perlu meletakkan jawatannya untuk digantikan oleh Presiden PKR yang kebetulan adalah isteri beliau sendiri. Anwar telah mengambil ‘for granted’ yang beliau seperti biasa akan di sokong oleh PAS, rakan kongsinya dalam Pakatan Rakyat itu seperti yang sentiasa perolehi sejak pembentukan secara ‘informal’ Pakatan Rakyat itu.

Tetapi PAS mempunyai alasan yang kukuh untuk tidak menyokong penyingkiran Khalid dan alasannya telah di beritahu oleh PAS dan tidak payah di ulangi berulang kali. Anwar kecewa lagi dengan tindakan PAS itu maka beliau terus bertindak dengan menggunakan jawatankuasa disiplin parti untuk menyingkirkan Khalid dari parti dahulu. Bagi beliau ini adalah untuk menjaga maruah beliau dan tidak mahu dilihat sebagai seorang yang lemah dan mengikut sahaja kehendak PAS itu.

Kita tidak tahu apakah tindakan balas PAS dalam isu ini. PAS boleh menerima tekanan Anwar dan PKR untuk menyingkirkan Khalid dalam mesyuarat penting mereka besok hari, tetapi jika ini berlaku ia akan menjejaskan PAS itu sendiri di mata rakyat yang ramai, apatah lagi keputusan itu di ambil oleh majlis syura parti itu yang di anggotai oleh ulama-ulama tersohor.

Untuk menarik balik ‘stance’ nya dengan membenarkan PKR menyingkirkan Khalid bermakna majlis syura itu tidak mempunyai kredibiliti kerana membuat keputusan yang ‘flip-flop’ dalam isu Khalid ini. Samada PAS rela menghadapi isu kredibiliti ini kita tunggu sahaja apa yang akan berlaku dalam mesyuarat penting PAS besok hari. Mesyuarat PAS besok itu juga akan menentukan kedibiliti PAS dan jika parti itu berganjak maka PAS akan berhadapan dengan masalah besar iaitu masalah keyakinan dari rakyat yang ramai.

Tetapi jika PAS kekal dengan keputusan majlis syura itu, maka PAS akan kekal dengan persepsi ramai sekarang yang parti itu mampu mengutamakan perjuangan mereka dari hanya setakat untuk mempastikan kerusi-kerusi yang dipeganginya sekarang.

Besok hari merupakan hari yang terpenting bagi penentuan samada PAS ada kredibilti atau sebaliknya. Ia juga penentu samada PAS benar-benar memperjuangkan perjuangan dan bukannya memperjuangkan nasib individu yang telah menyumbang kepada masalahnya sendiri.

PAS tidak perlu mengambil sikap ‘flip-flop’ kerana sikap itu akan memberikan impak negatif parti itu di mata rakyat dan amat susah untuk di perbaiki selepas itu. PAS merupakan parti yang tertua di negara ini dan parti itu telah melalui banyak kali krisis dan parti itu masih wujud sebagai parti yang tidak mungkin hilang dalam siasah negara kita.

Bumi mana yang tidak di timpa hujan dan segala yang berlaku pastinya ada hikmahnya sendiri. Sama-sama kita tunggu keputusan PAS dalam isu membersarakan Khalid ini.

Kalau boleh PAS hentikanlah berjuang untuk keperluan individu yang tidak ada batasnya ini. Kadang-kadang PAS ini di lihat sebagai parti yang 'underestimate' kemampuannya sendiri.

Kadang-kadang mereka tidak sedar yang mereka mampu berdiri diatas kaki mereka sendiri dan masih sanggup mengorbankan perjuangan mereka semata-mata untuk mendapatkan sokongan yang tidak 'legitimate' dari pihak lain yang akhirnya menyepit parti mereka sendiri.

Dari mendapat 22 kerusi PAS hanya memenangi 21 kerusi dalam PRU yang lalu kerana terlalu rela menjadi lat pihak yang lain.Orang lain seronok berpesta. PAS pula hanya di jadikan penyusun kerusi untuk orang lain berpesta sakan.

Ingat satu perbilangan, 'jangan jadi dahan yang bengkok untuk kera dan beruk bergayut dan menyeberang' 
 
KREDIT UNTUK BLOG PAK ASPAN

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text