Social Icons

Isnin, 11 Ogos 2014

Undi Tidak Percaya Terhadap Khalid Tidak Perlu Melalui Sidang DUN - Hanipa Maidin

 
KUALA LUMPUR: Undi tidak percaya terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak perlu melalui sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), kata Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Hanipa Maidin.

Katanya, kaedah yang diguna pakai ketika krisis politik di Perak pada 2009 boleh digunakan untuk
membuktikan Abdul Khalid tidak lagi mendapat kepercayaan ADUN Pakatan Rakyat.

"Mahkamah telah membenarkan kaedah yang digunakan ketika krisis politik di Perak jadi tidak perlu panggil sidang DUN untuk membuat undi tidak percaya terhadap Tan Sri Khalid

"Apa yang perlu dibuat ialah, pimpinan Pakatan Rakyat boleh memohon untuk menghadap Sultan Selangor dan membawa senarai ADUN-ADUN Pakatan Rakyat yang tidak lagi menyokong Tan Sri Khalid.

"Mereka juga perlu kemukakan nama calon Menteri Besar yang baharu untuk diperkenankan oleh Sultan," katanya kepada Astro AWANI.

Sementara itu, PKR dan DAP dalam satu kenyataan bersama hari ini mendesak Abdul Khalid membuktikan kepada rakyat bahawa beliau mendapat sokongan seperti yang nyatakan kepada pihak istana adalah benar dengan memanggil sidang DUN.

Kenyataan yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua itu mendesak supaya satu sidang DUN dipanggil untuk dibuat undi tidak percaya.

"YAB Tan Sri Khalid Ibrahim membuktikan kepada rakyat jelata sokongan majoriti yang diperolehi oleh beliau itu seperti mana yang beliau dakwa.

"Ini termasuklah memanggil sidang Dewan Undangan Negeri untuk melakukan undi kepercayaan atau cara-cara lain yang boleh membuktikan bahawa beliau mempunyai sokongan dari Adun PAS dan UMNO," kata kenyataan tersebut.

Abdul Khalid dalam sidang medianya hari ini menjelaskan beliau telah mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk kekal sebagai menteri besar.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text