Social Icons

Khamis, 14 Ogos 2014

Isu MB: Patuhi Arahan Parti -Tuan Ibrahim Tuan Man




KL: PAS mengingatkan seluruh pemimpin dan ahli khususnya Adun PAS di Selangor agar mematuhi arahan parti dalam berdepan isu Menteri Besar di negeri itu. Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS telah membuat ketetapan akan membincangkan perkara itu pada mesyuarat PAS Pusat 17 Ogos ini.

"Kita harap tidak ada yang mendahului keputusan parti dan jangan pula ada yang membelakangi keputusan jamaah. "Jangan anggap keputusan kita secara bersendirian itu lebih bijak daripada keputusan parti. "Bertindak membelakangi keputusan jamaah ini tidak ada keberkatan dan jika berlaku masalah, parti tidak akan bertanggungjawab," katanya kepada Harakahdaily.

Dalam pada itu beliau menasihatkan seluruh ahli bersabar menunggu keputusan rasmi parti. Beliau juga meminta ahli PAS tidak mudah terpengaruh dengan laporan-laporan bukan dari sumber utama parti. Katanya, dalam suasana sekarang ini terlalu banyak laporan-laporan palsu menggunakan nama pimpinan.

"Peranan kita adalah semak dan teliti dahulu, jangan mudah terima dan menyebarkannya.
"Lebih baik diam dari komentar yang mengeruhkan lagi keadaan," tegasnya.

Ahli PAS perlu terus kekal dalam jemaah dan tidak membuat tindakan bersendirian, kata Adun Meru Dr Abdul Rani Othman berhubung isu menteri besar Selangor

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru daripada PAS Dr Abdul Rani Othman meminta semua rakannya terus kekal dalam jemaah atau parti dan tidak membuat tindakan bersendirian.

"Apa terjadi pun biarlah kita mati dalam jemaah," kata Dr Rani ketika dua Adun PAS membuat keputusan lari daripada kelompok PAS dan menyertai PKR dan DAP menyokong pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor.

Tindakan mereka diambil ketika PAS Pusat dijadualkan bermesyuarat Ahad ini bagi memutuskan pendiriannya berkenaan isu Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang hendak disingkirkan. Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) bertindak menyertai sidang media Dr Wan Azizah hari ini, memberikan beliau sokongan majoriti dalam DUN Selangor iaitu 30 daripada 56 ahli.

Hasnul, Saari dan Dr Rani antara pemimpin PAS yang tidak menyertai mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor yang diadakan di Shah Alam semalam. Dr Rani yang juga bekas pesuruhjaya PAS Selangor sesi lalu berkata, antara perkara pokok kenapa Rasulullah diutuskan ialah untuk melengkapkan akhlak manusia.

"Selain akhlak ketika makan dan bergurau senda, termasuk juga akhlak berjemaah dan bermesyuarat. "Segala keputusan majoriti dalam mesyuarat hendaklah dituruti dan dipatuhi walaupun bercanggah dengan pendapat kita atau walau kita tidak hadir," katanya dalam satu kenyataan hari ini seperti menjawab spekulasi Dr Rani juga akan menyertai mereka kerana dia tidak hadir mesyuarat. 

"Saya doakan setiap dari ahli jemaah PAS di semua peringkat muhasabah setiap tindakan kita," katanya. 

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text