Tidak mudah kepimpinan PKR membuat keputusan untuk menyingkirkan TS Khalid Ibrahim dari PKR. Tentulah sudah begitu lama isu kepimpinan TS Khalid di Selangor ini menjadi bahan perbincangan kepimpinan tertinggi PKR dan tentunya sudah lama juga dihazam agar segala keputusan dibuat tidak dilihat sebagai zalim dan tidak menepati prinsip-prinsip keadilan sebagai mana yang diperjuangkan oleh parti berkenaan.
Tentulah terdapat sebab-sebab yang konkrit yang melayakkan kepimpinan PKR untuk membuat keputusan yang begitu berat ini. Jikalau keseluruhan kepimpinan ‘berani’ membuat keputusan demikian, tentulah ada asas yang cukup kuat untuk mereka bertindak demikian. Sekiranya ada pihak yang mempersoalkan keputusan berkenaan, maka tentulah golongan yang berfikiran rasional pula ingin juga mengemukakan soalan.
Apakah keseluruhan pimpinan PKR itu tidak dapat menilai antara yang betul dengan yang salah. Ataupun apakah keseluruhan pimpinan PKR itu hanya menjadi pak turut semata-mata. Tentulah tidak sedemikian caranya. Apatah lagi memikirkan prinsip perjuangan parti adalah ‘keadilan’ kepada semua. Tentulah tidak timbul isu ‘kezaliman’ apabila hukuman dikenakan ke atas TS Khalid.
Jikalau kita berfikir secara rasional, maka inilah saja jalan yang ada kepada kepimpinan PKR untuk membuktikan kepada rakyat umum bahawa PKR adalah sebenarnya parti yang mempunyai integriti, ‘accountability’ dan tegas dalam mendukung aspirasi rakyat terbanyak. Tindakan PKR ini mungkin ‘merunsingkan’ juga setengah pihak yang merasakan bahawa tindakan sedemikian sebagai tidak adil, namun tindakan perlu dilaksanakan. Ini yang telah ditegaskan pada awal-awal tadi bahawa keputusan yang diambil oleh kepimpinan PKR bukan sesuatu keputusan yang mudah.
Dan sepatutnya TS Khalid juga harus faham dengan ‘bebanan’ yang dipikul oleh kepimpinan PKR dan Pakatan Rakyat dalam menyelesaikan kemelut di Selangor ini. TS Khalid harus faham bahawa sekiranya beliau sudah tidak mendapat kepercayaan lagi daripada kepimpinan PKR, yang juga bertanggngjawab melantik beliau ke jawatan MB Selangor itu, maka seharusnya beliau dengan rela hati mengundurkan diri, supaya keadaan tidak menjadi sekusut ini. Yang tentu menyedihkan lagi ialah ‘maruah’ dan ‘harga diri’ TS Khalid sedikit sebanyak akan tercalar juga apabila beliau seolah-olah ‘berdegil’ dan terus ‘berpaut’ kepada ‘dahan yang rapuh’ itu. Sepatutnya TS Khalid memikirkan juga tentang ‘sisa-sisa’ hidup yang perlu dilaluinya sebagai warga emas.
Tentu ramai juga yang menyoal tentang mengapa TS Khalid begitu bersungguh benar mempertahankan jawatan MBnya sedangkan jawatan MB itu bukan merupakan jawatan ‘turun temurun’ seperti yang di suarakan oleh TS Muhammad bin Muhammad Taib yang juga pernah menjadi Menteri Besar Selangor dan yang pernah ‘disuruh’ berhenti dari jawatan berkenaan. Dato’ Abu Hassan Omar yang pernah juga ‘diarah’ meletakkan jawatan MB Selangor pada suatu ketika dahulu tidak ingkar apabila diarahkan berbuat demikian oleh UMNO. Dan kesemua mereka ini patuh kepada rahan parti masing-masing.
Persoalannya mengapa TS Khalid Ibrahim menampakkan kesungguhan mempertahankan jawatan berkenaan. Apakah ‘ada udang disebalik batu?’ dan peribahasa Melayu ada mengatakan, ‘jiakalu tidak berada ada tidak akan tempua bersarang rendah’. Apakah begitu keadaannya yang menyelubungi isu perletakan jawatan TS Khalid ini?
TS Khalid masih tidak mahu mengalah…
Tentulah kesan ekoran daripada peristiwa ini akan menimbulkan keadaan yang amat tidak menyenangkan.
* Keadaan politik di Selangor akan terus dalam keadaan terumbang-ambilng, tidak menentu yang boleh menyebabkan rakyat Selangor juga dalam keadaan yang ‘resah dan gelisah’
* Mahu tidak mahu, keadaan sebegini akan pasti membabitkan DYMM Sultan Selangor juga. Sepatutnya Baginda Sultan tidak dilibatkan langsung dalam kemelut Selangor ini.
* Para pemimpin Pakatan Rakyat (PAS, DAP dan PKR) pastinya dalam keadaan serba salah, untuk menentukan kedudukan masing sekiranya diperlukan untuk berbuat demikian. Ini merupakan persoalan ‘di luah mati emak dan ditelan mati bapak’
* Ada kemungkinannya PAS akan ‘berpisah’ dengan Pakatan Rakyat, memandangkan bahawa sudah ramai ahli PAS yang seolah-olah memihak kepada TS Khalid yang sekali gus memberikan gambaran bahawa apa yang dilakukan oleh PKR itu tidak sewajarnya dilakukan. Dan dalam parti PAS sendiri akan wujud kelompok-kelompok tertentu antara yang pro dan yang kontra. Maknanya seolah-olah dalam PAS sudah terbahagi kepada dua kumpulan. Keadaan sebegini tidak harus di lepas pandang oleh TS Khalid.
TS Khalid harus dan patut memikirkan perkara ini. Kesannya kepada rakyat dan negara amat mendalam. Ini bukan lagi isu negeri Selangor tetapi isu yang membabitkan politik negara dan rakyat Malaysia. TS Khalid tidak sepatutnya memikirkan dirinya lagi tetapi memikirkan tentang harapan rakyat keseluruhannya, sekiranya beliau benar-benar sayangkan rakyat dan negara. ~abuhassanadam

0 ulasan:
Catat Ulasan