Social Icons

Jumaat, 22 Ogos 2014

Israel (Yahudi) Lampaui Kebiadaban Hitler -Erdogan


Recep Tayyip Erdogan. foreignpolicy.com

Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan semalam melancarkan sindiran keras terhadap Israel atas tindakan negeri Zionis itu di Gaza, membandingkan mentaliti beberapa orang Israel dengan pemimpin Nazi Jerman Adolf Hitler.

Erdogan, yang menggambarkan dirinya sebagai pemimpin muslim global yang bercakap untuk hak-hak Palestin, telah memperhebatkan retorikanya dalam melawan Israel atas aksi dari negeri Yahudi itu di Gaza, menjelang pemilihan presiden Turki pada 10 Ogos akan datang, seperti yang dilaporkan oleh stesen televisyen Al Arabiya, Ahad (20/7).

"(Israel) tidak punya hati nurani, tidak punya kehormatan, tidak ada kebanggaan. Mereka mengutuk Hitler siang dan malam, tetapi mereka telah melampaui kebiadaban dilakukan Hitler," kata Erdogan di depan para penyokongnya di sebuah kempen di Bandar Ordu, kawasan Laut Hitam.

Erdogan telah menuduh ahli politik sayap kanan Israel Ayelet Shaked berkongsi mentaliti yang sama seperti Hitler, selepas dia memuat naik kenyataan kontroversi di media sosial menyatakan bahawa warga Palestin pantas mati.

Erdogan telah berbicara keras terhadap Israel sejak negeri Zionis itu melancarkan serangannya terhadap para militan setia pada kumpulan Islam Hamas di Gaza, yang kini telah mengorbankan lebih dari 300 warga Palestin.

Dia mengecam negara Yahudi itu telah melaksanakan "pembunuhan beramai-ramai" terhadap warga Palestin dan telah menolak perbaikan hubungan bermasalah yang merosot selepas serangan Israel terhadap kapal bantuan Gaza yang mengorbankan sepuluh warga Turki pada 2010 lalu. 

KREDIT UNTUK BLOG IBNU HASYIM

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text