بسم الله الرحمن الرحيم
ERTI SYAFAAT
Syafaat dari sudut istilahnya adalah pengantara bagi seseorang dalam hal mendapat manfaat atau menjauhkan daripada hal mudharat.
A) Mendapat Manfaat:
Syafaat Nabi Muhammad SAW bagi ahli Syurga supaya masuk ke dalam Syurga.
B) Menjauhkan Mudharat:
Syafaat Nabi Muhammad SAW bagi mereka yang akan dimasukkan ke dalam Neraka agar terselamat darinya.
JENIS SYAFAAT UTAMA
Secara ringkasnya para ahli Ilmu telah menyebutkan DUA jenis syafaat iaitu:
PERTAMA: Syafaat Khusus bagi Rasulullah SAW.
Di sini terdapat 3 bahagian:
1) Syafaat ‘Uzhma
Syafaat ini merangkumi setiap umat manusia iaitu termasuk umat nabi dan rasul yang lain ketika di Padang Mahsyar. Terdapat banyak hadith yang mutawatir, dan antaranya hadith Anas bin Malik yang panjang.
2) Syafaat Baginda pada Ahli Syurga untuk mendapat izin memasuki Syurga
Apabila selesai perhitungan (hisab) dan berjaya melintasi titian, Ahli Syurga mendapati pintu Syurga tertutup, sehinggalah Baginda memohon syafaat agar dibukakan bagi mereka.
Dalil yang menunjuk hal ini adalah dalam surah az-Zumar, ayat ke 73
Dalam Tafsir Ibn Katsir:
“Di hari akhirat kelak, setiap ahli Syurga yang telah berjaya melepasi titian akan berdiri di depan pintu Syurga. Mereka akan dikumpulkan di suatu tempat antara Syurga & Neraka, kemudian mereka akan dikhabarkan tentang perbuatan silam mereka di dunia, dan masing-masing mengambil haknya daripada saudaranya . Mereka akan bertanya antara sesama mereka siapakah yg akan memohon pada Allah utk memberi izin mereka masuk Syurga. Setelah disucikan dan dibersihkan, barulah diberi izin dan dibukakan bagi mereka pintu-pintu Syurga (yang lapan itu).
Imam Ibn Katsir menyebutkan mengenai hadith Hudzaifah al-Yamani dan Abu Hurairah:
Mereka akan sekali lagi memohon syafaat dari para Nabi & Rasul seperti mana di padang mahsyar sebelum bermulanya perhitungan, bermula dari Nabi Adam ‘Alaihis Salaam hingga akhir sekali mereka bertemu dengan Rasulullaah Shollallaahu ‘Alaihi wa Sallaam, dan barulah Baginda memohon syafaat utk diberi izin ahli syurga masuk.”
Apa tujuan Syafaat ni?
“Agar memperlihatkan kemuliaan Nabi Muhammad SAW atas sekalian manusia yang lainnya.”
Hadith Anas bin Malik: Nabi SAW bersabda:
آتي باب الجنّة يوم القيامة فأستفتح, فيقول الخازن: من أنت؟ فأقول: محمد. فيقول: بك أُمِرتُ أن لا أفتح لأحد قبلك
Maksudnya: “Pada hari kiamat, aku mendatangi pintu Syurga dan meminta agar ianya dibuka. Maka berkata penjaga pintu: Siapakah engkau? Aku menjawab: Muhammad. Lalu ia berkata: Demikianlah aku diutuskan agar tidak membukanya bagi sesiapa pun sebelum kamu.”
-Riwayat Muslim
3) Syafaat Baginda pada bapa saudaranya Abu Talib agar diringankan siksaannya
Abu Talib pernah membantu dan membela Nabi Shollallaahu ‘Alaihi wa Sallaam, maka diberi keizinan agar diringankan azabnya.
KEDUA: Syafaat Umum bagi Rasulullah SAW dan bagi sekalian orang Mu’min.
Di sini juga terdapat 3 bahagian:
1) Syafaat bagi mereka yang akan dimasukkan ke Neraka agar terselamat darinya.
Hadith Ibn ‘Abbas: Nabi SAW bersabda:
مَا مِنْ رَجُلٍ مُسْلِم يموت فيقوم على جنازتِه أربعون رجلاً لا يُشرِكونَ بالله شيئًا إِلاّ شَفَّعَهُمْ اللَّهُ فِيهِ
Maksudnya: “Tidaklah seorang Muslim meninggal dunia lalu ada empat puluh orang yang mendirikan solat jenazah baginya, yang mana mereka itu tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apa pun, melainkan Allah akan mengabulkan permohonan syafaat mereka untuk jenazah tersebut.” -Riwayat Muslim
2) Syafaat bagi mereka yang telah dimasukkan ke Neraka agar dikeluarkan darinya.
Dalilnya adalah dalam surah Toha, ayat ke 109:

Pada hari itu, tidak berfaedah syafaat (dari dan kepada sesiapapun) kecuali dari orang yang diizinkan oleh Allah yang melimpah-limpah rahmatNya, dan kepada orang yang diredai perkataannya.(Taha 20:109)
3) Syafaat bagi orang mu’min agar dinaikkan darjat dan ganjarannya.
Dalilnya sama seperti hadith di atas iaitu Hadith Ibn ‘Abbas: Nabi SAW bersabda:
مَا مِنْ رَجُلٍ مُسْلِم يموت فيقوم على جنازتِه أربعون رجلاً لا يُشرِكونَ بالله شيئًا إِلاّ شَفَّعَهُمْ اللَّهُ فِيهِ
Maksudnya: “Tidaklah seorang Muslim meninggal dunia lalu ada empat puluh orang yang mendirikan solat jenazah baginya, yang mana mereka itu tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apa pun, melainkan Allah akan mengabulkan permohonan syafaat mereka untuk jenazah tersebut.” -Riwayat Muslim
BAGAIMANAKAH NASIB KITA?
Pada hari akhirat di padang Mahsyar kelak, semua makhluk akan dikumpulkan; manusia, jin, malaikat dan juga haiwan. Semuanya dibawa menghadap Allah s.w.t yang Maha Berkuasa lagi Maha Agung. Hari itu adalah merupakan hari yang sangat dahsyat. Keadaan akan menjadi kucar-kacir. Masing-masing akan menderita ketakutan mengenangkan nasib mereka, sama ada berakhir dengan menikmati ganjaran Syurga atau sebaliknya mendapat balasan siksaan Neraka.
Maka pada ketika itu, manusia akan mencari siapa yang mempunyai kemuliaan di sisi Allah s.w.t yang boleh dijadikan perantaraan supaya memohon syafaat kepadaNya agar dipercepatkan, dipermudahkan dan diselesaikan dari perhitungan yang lamanya lima puluh ribu tahun!
Hanya Nabi Muhammad SAW yang akan memohon kepada Allah s.w.t agar diringankan penderitaan sekalian manusia di padang Mahsyar.
Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan sebuah hadith dari Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullaah SAW bersabda:
“Setiap nabi mempunyai doa yang dikabulkan, semua nabi telah menggunakannya di dunia, dan aku ingin menyimpan doaku tersebut sebagai syafa’at bagi umatku pada hari kiamat”
Semoga Allah s.w.t menganugerahkan kepada kita semua syafaat Baginda SAW di akhirat Amin.

0 ulasan:
Catat Ulasan