Social Icons

Isnin, 11 Ogos 2014

Anwar Jumpa Hadi Di Terengganu. Bincang Isu MB S'gor?




Pertemuan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Kuala Terengganu petang tadi di perkarangan sebuah hotel di Kuala Ibai dipercayai ada kaitan dengan isu jawatan menteri besar Selangor. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 Ogos, 2014. 

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan mengejut dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Kuala Terengganu petang ini. Setiausaha Agung PAS Pusat Datuk Mustafa Ali ketika ditemui pemberita mengesahkan perkara itu.

"Ok. Ya saya sahkan ada (pertemuan)," katanya ketika ditemui di perkarangan sebuah
hotel di Kuala Ibai.

Pertemuan berkenaan dipercayai ada kaitan dengan kemelut isu menteri besar Selangor. Bagaimanapun, Hadi enggan bertemu dengan media dan meninggalkan tempat perjumpaan itu secara tergesa-gesa. PKR memecat Khalid sebagai ahli ekoran keengganan beliau melepaskan jawatan menteri besar dan memberi laluan kepada presiden parti Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail untuk menggantikannya.

Khalid sebelum itu memberitahu pemberita di Shah Alam bahawa Sultan Sharafuddin Shah memberi perkenan kepada beliau untuk terus kekal sebagai menteri besar.

“Menurut artikel 53 (2) (b) Undang-undang Tubuh Negeri sudah diperuntukkan ahli majlis kerajaan negeri selain menteri besar sekurang-kurangnya empat hingga 10 ahli.
“Parti PAS sudah nyatakan keempat-empat anggota (exco) akan bersama kerajaan negeri dan saya.
“Oleh sebab itu, saya boleh terus mengetuai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri,” katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Negeri di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK). – Bernama, 11 Ogos, 2014.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text