Social Icons

Sabtu, 16 Ogos 2014

PAS Kekal Bersama Pakatan Rakyat


Orang ramai, petugas, pemimpin PAS dan wartawan memenuhi perkarangan Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut ketika Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (tengah) hendak memasuki mesyuarat hari ini. – Gambar The Malaysian Insider, 17 Ogos, 2014. 

PAS hari ini memutuskan untuk kekal dalam Pakatan Rakyat (PR) dan bersetuju dengan pilihan PKR untuk melantik Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail diangkat menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Mmenteri Besar Selangor.

Parti Islam itu bagaimanapun turut menyerahkan nama Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebagai nama calon lain untuk diangkat menjadi menteri besar.

 
Jawatankuasa PAS Pusat yang bermesyuarat hari ini membuat keputusan tersebut dalam memastikan kelangsungan masa depan parti Islam itu. PAS sememangnya dijangka sedari awal akan memilih untuk terus bersama Pakatan Rakyat (PR). 
 
Mesyuarat tersebut juga memutuskan untuk tidak menuntut jawatan Menteri Besar walaupun Pas mempunyai kelebihan kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor.
 

"PAS tidak akan menuntut jawatan Menteri Besar Selangor. PAS juga menghormati semangat yang ada dalam Pakatan Rakyat dalam mencadangkan nama calon Menteri Besar Selangor. "Sehubungan dengan itu, PAS sebulat suara pada hari ini bersetuju untuk mengangkat dua nama bagi menggantikan Khalid. Nama yang dicadangkan oleh PAS ialah Dr Wan Azizah dan Azmin," kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu di Ibu Pejabat PAS hari ini.

Dua nama itu kemudiannya akan ditentukan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat yang dijadualkan berlangsung petang ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text