Berhubung dengan
percintaan sebelum kahwin yang banyak berlaku kerana mengikut budaya barat. Ianya memberi kesan negatif kerana melanggar larangan Allah. Allah mengharamkan zina dan apa-apa tingkahlaku yang membawa kepada zina.
Dalam Islam, lelaki dan wanita yang tidak ada sebarang
pertalian darah (mahram) tidak boleh membuat sebarang perhubungan,
sentuhan, keluar berdua-duaan (dating) atau sebagainya. Tanpa ikatan yang
sah, tidaklah ada sebarang perhubungan bagi yang mukan muhram. Sudah banyak pengalaman orang-orang terdahulu mengajar kita betapa
cinta yang berlandaskan keinginan nafsu tanpa panduan syarak gagal di
pertengahan jalan.
Ramai yang menjadi buta kerana cinta. Itulah cinta yang didorong nafsu. Tidak ada keberkatan dan kebaikian di sebalik cinta sebegini. Orang yang sedang bercinta tidak dapat menilai sesuatu dengan baik kerana ditutup oleh perasaan nafsu itu. Pastilah ada syaitan dan iblis di pihak nafsu yang akan menipu kedua yang bercinta dengan pelbagai tipu daya. Menurut hawa cinta nafsu akan membawa dosa, mungkar dan zina.

Pasangan
remaja yang bercinta akan hanyut terpukau dengan tipuan demi tipuan
nafsu / syaitan yang amat licik. Mereka seolah-olah berada di
awang-awangan. Biasanya setelah jemu dengan nafsu, percintaan akan
kandas. Si lelaki akan lari menghilang diri. Tinggallah sigadis yang
sudah hilang daranya.
Semua remaja perempuan yang bercinta sebegini - akan membawa janin
hasil zina yang makin membsar di rahimnya. Kesudahan episodnya sudah
kita tahu dan maklum. Si remaja akan melahirkan anak sendirian di
mana-mana dan sibayi yang tidak berdosa akan dibunuh atau dibuang di merata tempat.
Kalaupun
ada pasangan bercinta 'monyet' ini yang akhirnya berkahwin, mereka akan
tersedar siapa sebenarnya pasangan yang mereka cintai selama ini.
Mereka juga mula menyedari bahawa pasangannya itu bukanlah sebaik yang
disangka. Sebab itulah boleh dikatakan satu pertiga perkahwinan
berakhir dengan perceraian.
Cinta yang berpandukan kecintaan kepada ALLAH akan membahagiakan hati manusia dan menenangkan jiwa mereka. Mereka dapat menilai baik buruk sesuatu perkara dan sanggup mengorbankan perasaan cinta dan keinginan sendiri semata-mata kerana takut akan azab ALLAH. Mereka yakin sepenuh hati bahawa ikatan cinta yang diredhai Allah itulah yang akan membawa kebahagian dan keberkatan dalam hidup mereka.
Ingatlah bahawa syaitan sentisa menghias indah sesuatu maksiat. Padahal ia amat keji di sisi ALLAH. Orang yang bercinta selalu lupa diri kerana telah terikut jalan syaitan. Bukanlah cinta itu yang mesti diperangi kerana ia fitrah dan pendorong utama manusia hidup di dunia ini. Tetapi, tindakan melanggar hukum syarak akibat cinta yang tidak mengikut syariat itulah yang perlu dihindari. Mudah-mudahan ALLAH memberi petunjuk kepada remaja - anak cucu semua, kepada jalan yang lurus dan diredhai-NYA.

Bercinta selepas berkahwin - ianya berkat dan berkekalan yang memungkinkan hingga sampai ke syurga...
0 ulasan:
Catat Ulasan