Social Icons

Rabu, 13 Ogos 2014

Rodziah Setia Dengan PKR - Pegang Pada Janji


Ketika Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih mengalu-alukan ADUN Batu Tiga, YB Rodziah Ismail meneruskan khidmat sebagai Exco dalam pentadbiran kerajaan Selangor, jawapan yang diharapkan adalah sebaliknya.

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor Rodziah Ismail itu akan bersama keputusan PKR dalam isu menteri besar, mengatakan beliau mahu memelihara amanah diberikan kepada Pakatan Rakyat (PR) untuk mentadbir negeri terkaya itu.

Keputusan ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Tiga itu bermakna beliau berisiko kehilangan portfolio pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita Negeri Selangor dalam kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dipecat PKR pada Ahad.

“Saya ingin menjelaskan pendirian saya dalam konteks rentetan dan perkembangan mutakhir pentadbiran kerajaan di negeri Selangor.

“Dalam konteks itu, saya akan akur kepada keputusan PKR, yang saya menganggotainya. Keakuran saya itu, saya percaya, adalah untuk menunaikan amanah, memelihara mandat yang diberi rakyat pada PRU ke-13 lalu kepada PR untuk mentadbir negeri Selangor,” katanya dalam kenyataan tiga perenggan awal pagi ini.
 
Dikatakan, jika dalam pertembungan PKR sebelum ini diambil kira, maka Rodziah adalan calon Ketua Wanita PKR pro Abdul Khalid lawan Zuraidah Kamaruddin yang mempertahankan jawatannya. Dia diketahui penyokong kuat Azmin Ali sebelum berpindah kem ke Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Sample text

Sample Text

Sample Text