Penulis buku politik, Tuan Haji Mohd Sayuti Omar sudah lama Pak Lang kenali. Sejak 1989, ketika beliau (yang lebih mesra disapa sebagai 'MSO') mengunjungi Kaherah, Mesir, Pak Lang mengikuti perkembangan beliau. Tidak semua buku beliau Pak Lang membacanya tetapi Pak Lang tahu dan sedar, beliau seorang pengamat politik yang ada 'bisanya'.
Seperti ramai penulis lainnya, sifat berterus terang beliau amat terserlah. Pak Lang yang jenis suka berterus terang boleh menerima keadaannya sedemikian. Dulu dia mengkritik pergerakan Al-Arqam yang dipimpin oleh Al-Marhum Ustaz Ashaari. Bukunya bertajuk 'Rahsia Ustaz Ashaari Terbongkar Di Luar Negeri' menceritakan pengalaman beliau mengikuti rombongan pemimpin al-Arqam itu ke timur tengah hingga ke Turki.
Dibawa melawat (baca melancong) le luar negeri sebegitu tidaklah menghalang beliau dari berterus terang. Apa yang beliau tidak setuju diluahkan di dalam buku tersebut. Sekarang, bila kami semua insaf dan bertaubat, apa yang dikritik itu kami akui, ada benarnya.
Ruang untuk kami membuat perubahan masih ada seperti yang diberikan oleh pihak berwajib. Kami perlu dokongan dan sokongan semua pihak agar usaha berubah ini benar2 terlaksana sepenuhnya dalam waktu yang tercepat. Kami bersedia untuk diperbetulkan dalam apa jua hal yang dapat memacu kami menjadi sebuah syarikat yang berdaya saing.
Kepada Tuan Haji Mohd Sayuti, bilakah masanya Pak Lang dapat berkunjung ke rumah?
Berikut adalah tulisan terkini beliau sebaik mengerjakan haji. Pak Lang mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat kembali ke tanah air - semoga mendapat haji yang mabrur di sisi Allah. Sila ke laman blog beliau DI SINI.
Bukan senang untuk ke Makkah
KISAH NAIK HAJI
Semua orang Islam bercita-cita untuk mengerjakan Haji ataupun naik Haji. Naik Haji merupakan rukun ke lima dalam rukun utama dan wajib menjadi kepercayaan dan keyakinan umat Islam. Empat rukun utama lain ialah pertama, Syahadat, kedua, Solat lima waktu, tiga, berpuasa di bulan Ramadhan dan keempat, mengeluarkan Zakat fitrah.
Rukun kelima iaitu Haji merupakan yang agak longgar kerana ia menetapkan kewajibannya kepada mereka yang mampu sahaja baik dari sehi kewangan dan jasmani.
Seorang Islam yang sempurna tidak akan merasakan keIslamanya syumul sekiranya mereka tidak mengerjakan Haji. Lantaran itu umat Islam yang insaf dam mahu menyempurnakan dirinya akan berusaha sedaya upaya untuk ke Makkah. Sekiranya keadaan jasmani mereka tidak mengizinkan (ada mempercaya Haji mereka boleh dilakukan dengan caca badal, atau upah), akan diupah. Biasanya mereka berkemampuan tetapi tidak sempat mengerjakan Haji akan melakukan badal Haji.
Peribahal badal ini para ulama berbelah bahagi dari segi keperluan dan kewajibannya. Ada yang berpadat ia tidak perlu sebaliknya ada yang beranggapan perlu dan baik dilakukan? Sama ada perbuatan itu menempati natijah dan hakikat sebenar tetapi ia elok dilakukan kerana ia membawa hikmat tertentu.
Sementara dalam menyediakan wang atau perbelanjaan bagi ke Makkah ada yang menghimpun duit sedikit demi sedikit sehingga memakan masa berpuluh tahun untuk mengerjakan Haji. Kegigihan menghimpun duit untuk ke Makkah ini menunjukkan betapa seseorang itu concern untuk menunaikan rukun Islam ke lima itu. Inilah keseriusan dan tanggungjawab diri sebagai hamba.
Untuk ke Makkah bukan boleh sembarang, maksudnya wang yang digunakan untuk ke sana tidak boleh dari sumber tidak jelas. Ia memerlukan wang yang suci dan bersih serta tidak subahat dengan apa-apa elemen wang haram seperti rasuah dan sebagainya. Wang hasil rasuah, mencuri, menipu dan sebagainya tidak digalahkan, bahkan haram untuk digunakan bagi perbelanjaan ke tanah suci.
Kerana begitu halus dan cermatnya makan sesetengah bakal Haji sangat mengambil berat sumber kewangan yang dikumpulkan untuk ke Makkah.
Mengenai hal ini saya masih teringat apa dilakukan oleh seorang datuk saudara saya bernama Yusuf Yaakob a,k,a Pak Teh Soh. Dia menabung wang daripada hasil julan getahnya yang ditoreh sendiri untuk perbelanjaan ke tanah suci. Wang getah yang ditoreh oleh kulinya tidak diambil untuk disimpan ke dalam tabung ke Makkah. Allahyraham sangat berhati-hati dan cermat. Begitu juga wang yang disedahkah kepadanya diasingkan daripada tabung wang untuk ke Makkah. Tindakan ini dilakukan bagi memastikan wang digunakan untuk perbelanjaan Haji benar-benar suci tidak bercampur dengan wang diragui dan dari hasil titik peluhnya sendiri.
Berbondong-bondong: Perjalanan ke Mina.
Manakala gemulah Wak Aji seorang lagi nenek saudara saya pula, ke Makkah dengan hasil peniagaannya sendiri. Dia menjual tikar mengkuang, tapai dan hasil daripada tanaman padi. Menurut cerita gemulah ayah, Wa Aji rela tidak membeli barang kemas berupa subang, loket dan juga rantai kerana menyimpan untuk ke Makkah. Allahyarham begitu bersungguh untuk menyempurnakan rukun Islam ke lima itu. Alhamdulilah hasil daripada penabungan akhirnya beliau ke Makkah dengan wang hasil titik peluh sendiri.
Demikian cara sesetengah orang mengumpul duit dan memastikan wang untuk ke Makkah dari sumber dan pendapat yang halal. Apabila mengenang ini menyebabkan saya musykil macam mana kalau ke Makkah mengerjakan Haji hasil daripada wang orang lain seperti disponser dan sebagainya?
Misalnya macam mana kedudukan Haji 1,000 yang dipilih terdiri dari kalangan Imam, Penghulu dan Penyelia Mukim (PPM) yang dibuat menerusi skim "Haji 1M" yang ditaja oleh Kerajaan. Apakah hukum dan kedudukan Haji mereka? Sah atau tidak? Menurut pandangan ulama Haji mereka tetap sah tetapi pemerhian mereka tidak diwajibkan kerana atas biaya orang lain. Perkara ini diperdebatkan oleh kalangan ustaz semasa di Makkah. Walahualam.
Pergi naik Haji bukan sesuatu yang mudah sebenarnya. Selain mempunyai kewangan yang cukup dan kesihatan yang baik, tidak semestinya seseorang itu dapat mengerjakan Haji. Masih ada halangan atau pun hambatan-hambatan lain termasuk dari sehi teknikal ataupun hal-hal spritual lain. Masalah tektikal ialah untuk mendapat kebenaran daripada Kerajaan. Umum tahun kerajaan Arab Saudi mengenakan kouta atau jumlah tertentu untuk sesebuah negara Islam bagi umatnya mengerjakan Haji.
Jumlah itu mengikut peratus jumlah penduduk. Misalnya negara kita berjumlah hampir 30 juta diberikan hanya sekitar 26,000 sahaja untuk sesuatu musim Haji. Jumlah yang kecil ini menyebabkan bukan semua yang sudah bersiap sedia dari segi kewangan dan kesihatan berjaya mengerjakan Haji. Visa menjadi halangan besar.
Sesetengah bakal Haji terpaksa menunggu berbelas-belas tahun bahkan ada yang berpuluh tahun untuk mendapat Visa menunaikan Haji. Walaupun wang simpanan dalam Tabung Haji mencukupi tetapi kerana masalah visa menyebabkan nawaitu mengerjakan Haji tertangguh. Pendeknya visa (perjalanan) menjadi masalah dan halangan.
Bukan sahaja visa, tidak semestinya sesudah ada visa atau diberi peluang seseorang itu akan senang ke Makkah untuk mengerjakan Haji. Ada juga yang sudah bersedia dari segi fizkal, tetapi tidak sedia dari segi spiritual, Sering berlaku bakal Haji terpaksa membatalkan niat di saat-saat akhir hendak berangkat. Ada yang ditimpa musibah pada saat akhir atau berlaku tersalah teknikal menyebabkan gagal untuk berangkat kerana seat penerbangan tiba-tiba tak ada.
Banyak lagi ragam bagai mana bakal Haji tidak sampai ke tanah suci walaupun sudah pasang niat dan azam. Dalam banyak ragam ini ada yang agak lucu dan boleh dijadikan renungan serta diambil iktibar bahwa untuk ke Makkah bukan muda. Semasa musim Haji lalu ada beberapa kejadian yang mungkin tidak logik tetapi benar-benar berlaku.
Seoraang orang besar sudah bersiap sedia untuk ke Makkah. Dia sudah pun sampai di airport menunggu untuk berangkat. Semua barang sudah di check in dan boarding pas pun sudah diperolehi. Tetapi saat pemeriksaan hendak memasuk ke balai berlepas, tiba-tiba menerima panggilan telefon isterinya meninggal dunia. Jadi dia terpaksa batalkan penerbangan dan pulang menguruskan jenazah isterinya. Walhal saat untuk berangkat isterinya dikatakan sihat walafiat.
Maanaka bakal Haji yang lain pula, juga sudah sampai ke aiport. Penuh penar keluarganya di aiport menghantar keberangkatan. Malanglah apabila tiba saat untuk berangkat visa tidak diperolehi jadi terpaksa pikul beg pulang semula ke rumahnya. Yang ini lain pula jadinya. Kebetulan mereka adalah teman sebilik dengan saya. Mereka hampir-hampir tidak dapat berangkat bukan masalah visa tetapi masalah kapal terbang.
Visa sudah ada, tetapi kapal terbang komersial yang hendak dinaiki tidak menerimanya. Seat ada tetapi disebabkan peraturan ditetapkan pihak Tabung Haji apabila sampai tarikh sekian-sekian kapal terbang komersial tidak dibenarkan membawa jemaah Haji menyebabkan kapal yang hendak dinaiki itu berkeras tidak mahu mengambilnya. Menurut peraturan kalau kapal itu membawanya ia boleh dikena tindakan dan denda.
Bagaimama pun dua teman ini bernasib baik kerana berjumpa dengan seorang menteri yang kebetulan untuk ke Makkah dengan pesawat khas mengangkut penumpang kelolaan Tabung Haji pada masa sama. Jemaah itu menjelaskan masalah mereka dan meminta jasa baik menteri berkenaan. Dengan pertolongan menteri itu, dua jemaah itu dapat berangkat.
Malang lagi menimpa diri mereka, mereka sampai ke Makkah dengan berihram kerana beg besar mereka tidak sampai bersama mereka. Dicandangkan agar melakukan Haji Ifrad tetapi tidak sanggup kerana tidak mahu bebrungkus dengan ihram. Mereka terpaksa membeli pakaian baru di Makkah sambil menunggu kedatangan beg mereka, yang sehingga saya kembali ke tanah air beg mereka dimaklumkan belum juga naik Haji lagi. (Bersambung).
0 ulasan:
Catat Ulasan